Friday, April 17, 2020

Spageti Carbonara






Ada masa tekak melayu ni nak juga makan makanan barat kan. 

Kali ini saya nak kongsi resipi cara saya buat Spageti Carbonara. Kita buat yang simple2 sahaja. Rasanya pun sedap juga.


Kebiasaannya anak-anak pasti suka Spageti Carbonara ni sebab tak pedas tapi rasa berlemak macam susu

Ok, jom kita lihat bahan-bahannya


Bahan-Bahan Spageti Carbonara

Sos Carbonara



Bahan-Bahan
Spageti - 1 peket
Bawang Besar - 3 biji (cincang@potong dadu@tumbuk)
Bawang Putih - 6 ulas (cincang@potong dadu@tumbuk)
Cendawan butang - 1 tin (potong kecil)
Sosej - 1 peket kecil (potong kecil)
Susu segar - 1 kotak
Sos Carbonara - 2 tin
Serbuk lada hitam - 2 sedu kecil
Isi Ayam - 3 ketul (potong kecil@kisar)
Minyak untuk menumis



Cara-Cara
1.Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Kacau sehingga bawang tersebut nampak masak@lembik.
2. Masukkan isi ayam, kacau seketika.
3. Masukkan cendawan dan sosej. Kacau sekejap.
4. Masukkan sos carbonara dan susu segar dan serbuk lada hitam. Kacau bagi agak-agak pekat dan masak. Siap.


Oh ya, jangan lupa rebus spageti di periuk lain. Bila sos carbonara siap, spageti pun dah lembut.

Selamat mencuba ...

Artikel menarik : Roti Sangkaya       Masak Lemak Udang dan Kacang Panjang      Awet Muda   Cara Tingkatkan Sistem Imun

No comments:

Post a Comment

SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM) AT BATCHING PLANT

WHAT IS SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM)  Forta-Fi® Fiber-Reinforced Asphalt Concrete Mix Design (FRAC) or also known as Super Fiber Mix Design ...