Friday, April 17, 2020

Sambal Lada Kelantan


Sambal Lada



Sambal lada ini saya mula-mula nampak di negeri Kelantan. Hampir setiap kenduri kahwin pasti akan ada sambal lada jenis ini.

Bagi yang suka pedas, memang akan tertarik dengan sambal lada ini sebab ianya akan menambah selera anda.

Tapi takkan waktu kenduri kahwin je kan boleh makan sambal lada ini. Jadi elok la kita buat sendiri untuk simpan dirumah dan boleh dimakan bila-bila masa yang kita nak.

Sambal ini boleh tahan berbulan jika disimpan dalam peti sejuk.

Bahan Sambal Lada



Bahan-Bahan
- 6 biji bawang merah @ 1 biji bawang besar( bakar)
- 4 ulas bawang putih (bakar) 
- 4 - 5 biji cili besar
- Segengam cili kecil (hijau & merah)
- 15 biji limau kasturi
- Gula & garam
- Air masak
- Cuka makan-jika mahu (saya tak isi)

Cara-Cara
- Basuh dan toskan cili besar, cili kecil dan limau kasturi.
- Perah air limau kasturi. Asingkan dalam satu bekas.
- Kisar cili kecil, cili besar, bawang merah, bawang putih, garam dan gula bersama air masak. Air agak-agak boleh pusingkan blender je. Jangan banyak sangat
- Dah siap kisar. Campurkan dalam air perahan limau kasturi tadi.  Hiris halus 2 biji kulit limau kasturi dan masukkan dalam cili yang sudah dikisar. Gaul sebati.
- Jika mahu tambah cuka makan pun boleh. Boleh tambah dalam 1 sudu. Saya tak isi cuka makan.
- Siap dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk tahan berbulan.

Selamat mencuba....

Artikel menarik :   Mee Kari Cara Mudah      Spageti Carbonara   Roti Sangkaya   Masak Lemak Udang dan Kacang Panjang        Awet Muda

Mee Kari Cara Mudah

Mee Kari

Kadang-kadang kita pun teringin nak makan makanan berasakan mee kan. Jemu juga hari-hari makan nasi je, walaupun kita memang hantu nasi.

Di sini, saya sertakan cara-cara yang mudah untuk membuat mee kari.

Bahan-Bahan Mee Kari

Bahan-Bahan
- 1/2 ekor ayam
- udang - 6@7 ekor
- fish ball - 1 peket kecil
- fish cake - 1 peket kecil
- rempah kari - 8 sudu besar
- rempah kerutuk - 2 sudu besar (jika ada)
- cili kering - 2 sudu besar (kalau nak pedas, boleh lebihkan)
- daun kari
- serai - 2 batang (ketuk)
- asam keping - 2
- santan - 2 kotak
- ubi kentang - 2biji (potong kecil)
- garam/gula
- bawang merah kecil -5 *
- bawang merah besar - 2 *
- bawang putih - 5*
- halia - 1 inci *
- bunga lawang - 1
- kayu manis - 1
- air rebusan kulit udang


Telur Rebus


Bahan Hiasan
Telur rebus
sawi
cili besar
taugeh
limau kasturi

Cara- Cara
1) Kisar bahan bertanda *
2) Tumis bahan kisar, cili kering, serai & daun kari hingga naik bau.
3) Masukkan rempah kari, kerutuk dan sedikit air. Kacau sekejap.
4) Masukkan ayam. Biarkan air ayam keluar.
5) Masukkan air ikut nak kuah banyak mana. Masukkan air rebusan kulit udang. Biarkan sehingga ayam masak.
5) Masukkan fishball, fishcake, asam keping,ubi kentang.
6) Bila dah menggelegak masukkan santan, udang & gula/garam. Biar menggelegak. Siap

Artikel menarik :                                                                                                                 Spageti Carbonara    Roti Sangkaya   Masak Lemak Udang dan Kacang Panjang   Awet Muda   Tingkatkan Sistem Imun

Spageti Carbonara






Ada masa tekak melayu ni nak juga makan makanan barat kan. 

Kali ini saya nak kongsi resipi cara saya buat Spageti Carbonara. Kita buat yang simple2 sahaja. Rasanya pun sedap juga.


Kebiasaannya anak-anak pasti suka Spageti Carbonara ni sebab tak pedas tapi rasa berlemak macam susu

Ok, jom kita lihat bahan-bahannya


Bahan-Bahan Spageti Carbonara

Sos Carbonara



Bahan-Bahan
Spageti - 1 peket
Bawang Besar - 3 biji (cincang@potong dadu@tumbuk)
Bawang Putih - 6 ulas (cincang@potong dadu@tumbuk)
Cendawan butang - 1 tin (potong kecil)
Sosej - 1 peket kecil (potong kecil)
Susu segar - 1 kotak
Sos Carbonara - 2 tin
Serbuk lada hitam - 2 sedu kecil
Isi Ayam - 3 ketul (potong kecil@kisar)
Minyak untuk menumis



Cara-Cara
1.Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Kacau sehingga bawang tersebut nampak masak@lembik.
2. Masukkan isi ayam, kacau seketika.
3. Masukkan cendawan dan sosej. Kacau sekejap.
4. Masukkan sos carbonara dan susu segar dan serbuk lada hitam. Kacau bagi agak-agak pekat dan masak. Siap.


Oh ya, jangan lupa rebus spageti di periuk lain. Bila sos carbonara siap, spageti pun dah lembut.

Selamat mencuba ...

Artikel menarik : Roti Sangkaya       Masak Lemak Udang dan Kacang Panjang      Awet Muda   Cara Tingkatkan Sistem Imun

Roti Sangkaya Sedap

Jika dah jemu makan roti begitu saja, mari kita cuba pula buat sangkaya sendiri. Mudah je sebenarnya buatnya.


Roti Sangkaya


Bahan-Bahan Kaya Pandan
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
1 kotak santan
5 helai daun padan(ambil airnya)
gula dan garam secukup rasa



Kukus Roti

Campur Semua Bahan-Bahan


Cara-Cara
1. Campur semua bahan diatas, kacau sebati atas dapur sehingga ia likat. Tutup api.
2. Roti boleh dipotong kecil dan dikukuskan bagi ia lembut. Sekejap sahaja kukus. Dalam 5 minit macam tu.
3. Siap, boleh dihidang dan makan bersama keluarga.

Artikel menarik :                                                                                                                      Masak Lemak Udang dan Kacang Panjang         Cara Tingkatkan Sistem Imun        Awet Muda

Tuesday, April 14, 2020

Vitamin Diambil Mengikut Kesesuaian

Tempoh PKP yang panjang memerlukan kita untuk kekal sihat secara fizikal, emosi dan mental. Walau tidak keluar kemana-mana, namun kesihatan setiap ahli keluarga wajib sentiasa dijaga.

Pengambilan vitamin secara konsisten akan memberikan kesihatan yang baik untuk jangka masa panjang. Jadi amatlah perlu mengambil vitamin sebelum sakit ya.

Nah, ini ada beberapa contoh set vitamin mengikut kesesuaian. Boleh pilih mana yang berkenan. 

Pilihan Set Mengikut Kesesuaian 


Jika ragu-ragu mahu ambil yang mana, boleh menghubungi saya untuk khidmat konsultasi ya.



Ingin cuba suplemen Shaklee ?


terus whatsapp ke   http://shidaabubakar.wasap.my




Shaklee Independent Distributor

ID No  : 12562012
Shida Abu Bakar
Contact  : 014 -844 0163
Facebook : Shida Abu Bakar


POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA

*Jaminan Shaklee: Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Bebas Dari Alergik Sabun

Bagi yang mempunyai masalah alergik dengan sabun, ianya memberikan kesan yang besar dalam kehidupan seharian. Ini kerana kita memang menggunakan sabun bagi tujuan mencuci sesuatu benda. Contohnya seperti cuci pinggan, cuci baju dan sebagainya.

Jika anda mengalami permasalahan ini, saya amat menggalakkan anda mencuba set ini.



BEBAS DARI ALERGIK SABUN



 Ingin cuba produk Shaklee ?


terus whatsapp ke http://shidaabubakar.wasap.my




Shaklee Independent Distributor

ID No  : 12562012
Shida Abu Bakar
Contact  : 014 -844 0163
Facebook : Shida Abu Bakar


POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA

*Jaminan Shaklee: Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Masak Lemak Udang dan Kacang Panjang

Masak lemak udang dan kacang panjang ni sangat mudah dan cepat penyediaannya. Bahan-bahannya pun tidak susah. Boleh cuba resipi saya dibawah ya.


MASAK LEMAK UDANG DAN KACANG PANJANG


Bahan-Bahan
- Bawang merah
- Bawang putih
- Kunyit Hidup
- Cili Padi
- Santan
- Serai - ketuk
- Asam keping
- Udang
- Kacang Panjang
- Tomato- jika suka
- Air
- Garam/gula


Cara-cara
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan kunyit hidup.
2. Dalam periuk, masukkan santan, air, asam keping, serai dan bahan2 tumbuk tadi. Kacau hingga mendidih.
3. Masukkan kacang panjang, udang, tomato dan bahan perasa. Siap



Artikel menarik : Tips Kesihatan Untuk Ibu Hamil   Sakit Sendi Yang Mengganggu Kehidupan Harian      Tanda-Tanda Kolestrol Tinggi dan Tips Turunkan Paras Kolestrol  Tips Atasi Batuk dan Selsema   

SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM) AT BATCHING PLANT

WHAT IS SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM)  Forta-Fi® Fiber-Reinforced Asphalt Concrete Mix Design (FRAC) or also known as Super Fiber Mix Design ...