Thursday, June 22, 2017

Atasi Masalah Sembelit Anak Dengan Meal Shakes

Anak sembelit  ? Menangis tiap kali nak membuang  ? Fobia nak membuang ?




Pernah tak terjadi pada anak-anak anda masalah sembelit ni? Kesiankan kalau sembelit ni terkena pada kanak-kanak atau bayi. Lebih-lebih lagi  kanak-kanak atau bayi yang masih belum pandai nak mengadu tentang ketidakselesaan pada perut yang mereka hidapi.

Sembelit biasanya berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan oleh otot yang menjerut, yang akan melambatkan pengeluarannya dan semakin lama ia di situ, ia akan menjadi lebih keras dan kering.

Jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa serta jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, kebiasaannya ini adalah sembelit.


KENALI TANDA-TANDA SEMBELIT PADA KANAK-KANAK

Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah:
➤meragam, sakit abdomen dan gastrik;
➤abdomen yang keras;
➤sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar;
➤najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras;
➤najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.



Perhatikan sisa buangan anak anda supaya masalah  sembelit dapat diatasi sebelum menjadi lebih parah..


Untuk mengatasi masalah anak sembelit teruk ini, anda bolehlah mencuba tips di bawah :
➤Beri minum air kosong sebanyak yang mungkin
➤Tambah beberapa sudu prun yang dipurikan ke dalam makanannya
➤Menambah sesudu teh bijian bran kedalam bijirin bayi untuk menambah serat
➤Beri sayur dan buah untuk bekalan serat
➤Cuba gerakkan kaki bayi ketika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya
➤Kurangkan makanan penyebab sembelit sperti nasi, pisang atau bijirin
➤Jika bayi minum susu formula, cuba bertukar kepada jenama lain


Walaupun sembelit pada bayi adalah perkara biasa, namun jangan pandang ringan terhadap masalah ini. Segera berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut dan dapatkan pandangan serta khidmat nasihat.

Ini bertujuan untuk mendapatkan penelitian awal tahap sembelit anak dan kaitan terhadap penyakit tertentu. Seterusnya, jika sembelit adalah biasa atau normal bagi bayi atau kanak-kanak, barulah boleh mencuba kaedah perubatan atau kaedah alternatif.

TAPI..kadang-kadang ada setengah kanak-kanak yang agak 'anti' dengan buah-buahan, apatah lagi dengan sayur-sayuran dan mereka juga kadang-kala minum air kosong dalam kuantiti yang sangat sedikit.

Malah ada juga kanak-kanak yang terlalu cerewet dalam bab pemakanan selain terlalu memilih..haaaaa, tambah memeningkan kepala ayah bonda selain merumitkan lagi keadaan..

JADI, saya suka untuk mencadangkan supaya memberikan anak anda MEAL SHAKES SHAKLEE.



Bagi mengatasi masalah sembelit pada kanak-kanak, Meal Shakes bertindak sebagai agen detoksifikasi yang mana Meal Shakes sangat kaya dengan serat larut bagi membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

Meal Shakes Shaklee turut menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian dan diperbuat daripada bahan semulajadi, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya.

Istimewanya Meal Shakes ni kerana ianya mengandungi lactalbumin - bahan yang terbaik dan mengandungi mikroorganisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa. Meal shakes turut mengandungi pelbagai nutrisi  seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Haaa..Meal Shakes ni bukan setakat menyelesaikan masalah sembelit pada anak-anak kita, dalam masa yang same turut membekalkan nutrisi yang baik untuk menjadikan anak-anak kita lebih sihat dan cergas. Malah ada ibu bapa yang menyatakan selera makan anak-anak mereka lebih baik selepas mengamalkan Meal Shakes. Alhamdulillah..

Jom kita layan testimonial mereka yang sudah berikhtiar dengan Meal Shakes Shaklee ni.. Kita tengok apa kate mereka..



                           
                           




                           

Nak try... Boleh je klik ini  ESELL . Pembayaran boleh dibuat menggunakan Debit Card atau Credit Card.


                            PERUNDING VITAMIN ANDA
                                                    SHIDA ABU BAKAR

                            Shaklee Independent Distributor
                                           Id No : 1256201
                                 Contact No : 014-844 0163
                                http://shidaabubakar.wasap.my
                      Email : hasidaabubakar07@gmail.com
                          Facebook : Hasida Abu Bakar


                    POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA


*Jaminan Shaklee: Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.








SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM) AT BATCHING PLANT

WHAT IS SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM)  Forta-Fi® Fiber-Reinforced Asphalt Concrete Mix Design (FRAC) or also known as Super Fiber Mix Design ...