Showing posts with label Batuk. Show all posts
Showing posts with label Batuk. Show all posts

Thursday, October 25, 2018

10 TIPS YANG MUDAH UNTUK HILANGKAN BATUK SECARA SEMULAJADI



Batuk

Batuk adalah respons alami dari tubuh sebagai sistem pertahanan saluran nafas jika terdapat gangguan dari luar. Respons ini berfungsi membersihkan lendir atau faktor penyebab iritasi atau bahan iritan (seperti debu atau asap) agar keluar dari paru-paru dan dan saluran pernafasan bahagian atas.
Batuk jarang diklasifikasikan sebagai penyakit serius dan umumnya akan sembuh dalam waktu tiga minggu, sehingga tidak memerlukan ubatan/rawatan. Ubatan batuk juga tidak terbukti efektif sepenuhnya untuk sembuhkan batuk. 


10  Tips Yang Mudah Untuk Hilangkan Batuk Secara Semulajadi


Mandi Dengan Air Panas

1. MANDI DENGAN AIR PANAS
Mandi dengan air panas dikatakan mampu mengurangkan tempoh batuk anda selain mandi dengan air panas adalah terapi terbaik untuk diri anda. Dengan mandi air panas, anda membolehkan kitaran darah anda untuk kembali optimum selain membantu saluran nafas anda untuk kembang.



Spa Berurut

2. PERGI SPA URUT
Apabila sakit batuk anda telah berkurangan, anda digalakkan untuk pergi ke spa untuk berurut. Ia boleh melancarkan perjalanan darah serta membuat toksin-toksin yang tidak dikehendaki dalam badan anda. Pastikan anda meminum air yang banyak setelah mendapatkan rawatan di spa untuk membolehkan anda mengalami perubahan fizikal yang baik.



Teh Dan Madu

3. TEH DAN MADU
Dari timur ke barat, meminum teh diakui baik untuk sakit tekak dan batuk. Apabila anda menambah madu sebagai ganti kepada gula, ia mempunyai efek yang membantu proses pemulihan. Jika anda tidak menggemari teh, anda boleh ambil madu itu secara terus atau mencampurkannya dengan air panas sahaja.



Kebersihan Persekitaran


4. KEBERSIHAN PERSEKITARAN
Sekiranya anda dapati diri anda sering bersin atau batuk jika berada di sesuatu kawasan, maka ini bermakna kawasan tersebut perlu dibersihkan. Walau apa ubat-ubatan moden dan tradisional yang anda ambil, tetapi persekitaran dan pemakanan anda kotor, anda tetap boleh kembali batuk selepas pulih sedia kala.

Namun sekiranya batuk anda tidak kurang dalam masa 3 hari, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Tips-tips yang dikongsi ini hanyalah untuk membantu menghilangkan batuk dan tidak boleh digunakan sebagai gantian kepada nasihat doktor.



Minyak  Sapu


5.MENTHOL
Minyak sapu yang memiliki menthol seperti Vicks boleh disapukan di dada selain gula-gula yang memiliki menthol boleh dimakan untuk membuka ruang nafas anda dan melegakan batuk. Namun begitu, rokok yang mempunyai methol bukanlah ubat kerana rokok adalah penyebab utama anda batuk dan ia menyebabkan batuk anda lebih teruk daripada biasa.



Tambah Bantal Ketika Tidur

6.TAMBAH BANTAL KETIKA TIDUR
Sememangnya waktu paling sukar untuk tidur adalah apabila anda mengidap sakit batuk. Tidur sepanjang malam and tidak akan lena. Anda boleh cuba atasi masalah ini dengan menambah bilangan bantal di kepala apabila anda tidur kerana apabila kepala anda lebih tinggi sedikit daripada badan anda, ini membolehkan hingus atau kotoran di tekak dan hidung anda untuk hilang daripada salur penafasan anda.





Minum Banyak Air Kosong

7. AIR
Antara sebab kenapa anda batuk ialah kerana kurangnya air di dalam badan anda. Oleh itu, meminum air yang cukup setiap hari memainkan peranan yang amat penting. Ia dapat membantu peredaran darah serta membuang toksin-toksin di dalam badan melalui air kencing anda. Namun anda harus ingat bahawa air berperisa atau air manis tidak diambil kira.





Sup Ayam

8. SUP AYAM
Tahukah anda bahawa sup ayam telah dibuktikan berkesan untuk merawat batuk? Kajian oleh Univerisiti Nebraska di Amerika Syarikat mengesahkan yang sup ayam memiliki ciri anti-inflamasi seperti kebanyakkan ubat batuk di samping ia membolehkan kotoran yang berada di tekak anda untuk cair.





Coklat

9. COKLAT
Coklat yang dibuat daripada koko mengandungi theobromine yang dikatakan memberi tekanan terhadap saraf vagus. Saraf ini bertindak untuk menghasil reaksi batuk dalam badan anda. Maka, meminum coklat panas adalah baik untuk melegakan rasa batuk anda dari semasa ke semasa.






Kunyit

10.KUNYIT
Makan masakan yang berasaskan kunyit apabila anda mempunyai masalah batuk terutamanya batuk kering. Jadi, masa lemak cili padi atau singgang merupakan antara masakan yang boleh di makan panas untuk membuatkan tekak anda rasa selesa selain menyembuhkan batuk anda.



Artikel menarik : VITAMIN C SHAKLEE UNTUK KULIT




SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 1256201
SHIDA ABU BAKAR
Contact No : 014-844 0163
Facebook : Shida Abu Bakar

POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA
*Jaminan Shaklee: Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.




Monday, October 15, 2018

ATASI MASALAH BATUK DAN SAKIT TEKAK


Batuk akan membuat seseorang berasa tidak selesa. Rasa gatal dah perit di tekak menyebabkan kita rasa nak menggaru dengan tangan. Jika dibiarkan batuk berpanjangan ia boleh mengundang penyakit yang lebih serius terutama yang mendapat jangkitan di paru-paru.
Batuk yang berlendir dan berkahak akan menyebabkan seseorang itu akan berasa seolah-olah ada sesuatu di kahak ketika batuk. Lendir atau kahak ini jika tidak dikeluarkan akan berisiko untuk mendapat batuk yang berpanjangan.

Batuk Tidak Selesa

Sebab-sebab batuk
·         Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
·         Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
·         Alahan
·         Asma
·         Merokok
·         Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja

Batuk Boleh Menyebabkan Sakit Tekak

Rawatan
·         Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
·         Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
·         Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
·         Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
·         Berhenti merokok
·         Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
·         Penyediaan ubat atau suplemen diperlukan untuk membantu menghilangkan batuk.


 
Minyak Ikan Terbaik Atasi Batuk

Khasiat Omega Guard
Omega Guard berfungsi mencegah keradangan pada saluran pernafasan yang menyebabkan batuk serta selsema.

Membantu melegakan saluran pernafasan dengan mencairkan kahak

Omega Guard juga membantu melancarkan peredaran darah serta penghasilan agen anti-radang bagi menguatkan sistem imun tubuh dan sangat sesuai untuk batuk yang berulang
Omega Guard membantu untuk memperbaiki tisu paru-paru. 

Apabila diserang batuk, Omega Guard bertindak dalam memperbaiki tisu-tisu ini. Di samping itu, Omega Guard juga memberikan rasa panas pada paru-paru yang akan menyebabkan kahak boleh mencair. 


Testimoni



Batuk Berkurang Selepas Amalkan Omega Guard


Doktor Cakap Omega Bagus Untuk Masalah Batuk
Demam, Selesema Cepat Sembuh. Batuk Tak Perlu Ambil Neb


Demam, Selesema dan Batuk Anak Cepat Sembuh
Tiada Lagi Kahak atau Batuk Berulang



Jangan biarkan batuk yang dianggap biasa berlarutan kerana ia berisiko menjadi penyakit yang lebih teruk dan serius.


Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja ESELL dan ikut arahan yang diberikan.


ESELL



 Artikel menarik : SET JERAWAT SHAKLEE 

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 1256201
SHIDA ABU BAKAR
Contact No : 014-844 0163
Facebook : Shida Abu Bakar

POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA
*Jaminan Shaklee: Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM) AT BATCHING PLANT

WHAT IS SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM)  Forta-Fi® Fiber-Reinforced Asphalt Concrete Mix Design (FRAC) or also known as Super Fiber Mix Design ...