Thursday, July 13, 2017

Shaklee Membantu Kempiskan Perut Buncit

Perut buncit adalah masalah besar bagi yang menjaga penampilan diri..orang kurus pun boleh buncit.. memang boleh naik hangin kalau nak butangkan seluar tak boleh sebab bahagian perut besar..mood keluar rumah boleh hilang




Antara punca berlakunya perut buncit ialah:-


1. Pengambilan pemakanan yang tidak seimbang.

Iaitu mengamalkan gula dan karbohidrat yang tinggi indeks glisemiknya. Minuman bergas juga menyumbang faktor perut buncit.

Makanan ini akan meningkatkan paras insulin dalam darah iaitu menyebabkan lemak terkumpul dalam abdomen. Insulin adalah hormon yang meransang pengumpulan lemak berlebihan dan menyebabkan perut buncit.

Selalunya perut buncit juga berkait dengan masalah kolesterol berlebihan.


2. Tabiat selepas makan terus tidur memang akan menyebabkan mudah perut buncit.

Ini kerana proses penghadaman yang tidak sempurna berlaku tidur dan menyebabkan glukosa yang terhasil daripada proses penghadaman disimpan di abdomen.

Sekurang-kurang digalakkan selepas 2 jam makan baru tidur.


3. Minuman Alkohol

Memang boleh menganggu enzim dan metabolisma dalam hati yang mana boleh menyebabkan pengumpulan lemak di dalam hati.


4. Stress ataupun tekanan boleh menyebabkan perut buncit disebabkan hormon tidak seimbang.

Ini kerana salah satu hormon dalam badan iaitu kortisolnya akan meningkat dan ini memberi kesan menurunkan hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran.


5. Merokok selepas makan boleh menyebabkan proses penghadaman terganggu.

Ini kerana perut akan mudah kembung dan perut akan buncit.


6. Metabolisma Yang Rendah

Metabolisma ialah proses menukar makanan kepada tenaga. Bila usia kita semakin meningkat, metabolisma kita semakin turun. Sebab itulah, walaupun makan sikit perut tetap buncit. Susah pulak tu nak kempis.

Jadi, makanan yang tidak ditukar menjadi tenaga akan disimpan sebagai lemak. Lemak- lemak ini akan lebih tertumpu ke bahagian perut, pinggang dan peha. Perut pun nampak buncit.


7. Gaya hidup yang tidak sihat.

Tidak beriadah ataupun bersukan memang akan menyumbang faktor yang tinggi untuk perut yang buncit. Oleh itu aktiviti beriadah amat penting untuk mengekalkan kesihatan.


8. Tahap Pencernaan Yang Lemah

Mengikut Dr Webster, perut bertugas untuk menyerap zat dari makanan, menyingkirkan sisa dan membuang toksik melalui dubur.

Jadi, bila tahap pencernaan tidak pada tahap terbaik, maka antara kesan sampingannya ialah perut buncit dan gemuk.

Bila makanan tak dapat dipecahkan dengan baik. Penyerapan menjadi sangat rendah. Lapisan perut akan membentuk kerak yang tak dapat diproses oleh perut yang tidak cergas.

Jadi, kerak yang semakin tebal akan buatkan perut anda semakin buncit.





Ini ada 8 tips Perut Buncit boleh jadi rata.

Perut yang buncit atau boroi bukan sesuatu yang diingini. Meski bagi lelaki berkahwin, perut buncit melambangkan bahagia tapi tidak bagi wanita tau... Ia boleh menjejaskan penampilan dan perut yang buncit menandakan anda makan berlebihan sekaligus mengundang pelbagai penyakit.

1. MAKAN MAKANAN YANG BETUL
 =  jika kita berazam mengempiskan perut makan kita perlu mengubah cara pemakanan. Praktikkan pemakanan seimbang dalam setiap hidangan kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Makanan yang seimbang harus mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral dan protein.

2. TINGGALKAN MAKANAN RINGAN
= Makanan ringan dan makanan segera tidak baik untuk kesihatan..,walaupun memang sedapkan... Ia akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil dengan berlebihan. So, kita perlu mengelakkan diri daripada mengambil karbohidrat yang diproses, gula, makanan bergoreng, makanan segera dan apa jua makanan berlemak.

3. BERHENTI MAKAN LEWAT MALAM
= Kebanyakan daripada kita akan terus tidur selepas makan lewat makan. Ini bermakna gula berlebihan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa tidur.

4. ELAK MINUMAN BERGULA
= Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori yang akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Sebaiknya ganti semua minuman dengan air putih. Air putih akan memudahkan kita untuk menurunkan berat badan. Pertimbangkan air berperisa sebagai alternatif jika perlu. Minum air limau juga dikatakan boleh mempercepatkan metabolisme kita. Cuba perah atau hiris limat ke dalam segelas air sejuk dan jadikan ia minuman harian korang.

5. LAKUKAN SENAMAN KARDIO
= Senaman kardio amat pentinguntuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dan melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti joging, berjalan dan menaiki tangga. Senang je kan..Korang pusing je shopping kompleks tu 2-3 kali...dh kira senaman tu...hihiih

6. KURANGKAN GARAM
= Garam menyebabkan tubuh mengekalkan air dan membuatkan kita kelihatan kembung terutama di bahagian abdomen. Jika boleh, cuba kita elakkan makanan yang tinggi kandungan garam dengan pilihan yang lebih sihat.

7. MAKAN PRODUK TENUSU RENDAH LEMAK
= Beralih dari produk tenusu yang tinggi lemak kepada pilihan rendah lemak, yang kaya dengan protein dan vitamain B6.

8. PILIH MAKANAN RENDAH INDEKS GLISEMIK.
= Makanan ini mengambil masa yang lama untuk dicerna maka korang akan berasa kenyang lebih lama. Badan perlahan-lahan akan menyerap nutrien supaya dapat mengelakkan kejatuhan gula secara mendadak dalam darah korang sehingga waktu makan berikutnya.

Senaman juga penting untuk memeprcepatkan proses mengempiskn perut..boleh cuba mengikut kesesuaian masing-masing




Selain itu dengan mengambil vitamin kurus/kempiskan perut lagi cepat proses tersebut berlaku..luar dan dalam saling membantu..shaklee menawarkan set kurus/kempiskan perut sebagai alternatif tambahan..





Fungsi Herb Lax Shaklee

➤Membersihkan najis yang tersekat
➤Merangsang usus mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
➤Mengembalikan semula proses semulajadi pergerakkan usus
➤Mengempiskan perut buncit
➤Membantu memejalkan otot perut
➤Mengawal berat badan
➤Membantu mengurangkan jeragat
➤Mengurangkan masalah bau badan


Fungsi Alfafa

➤Mencuci usus bagi membuang toksin
➤Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
➤Melegakan sembelit
➤Membuang angin di dalam badan





Fungsi Omega Guard

➤Membantu mengurangkan dan membuang lemak-lemak degil daripada dalam badan
➤Kandungan Omega 3 mengawal pelbagai jenis hormon di dalam badan, termasuklah hormon LEPTIN, yang berfungsi mengawal selera makan
➤Membantu mengawal rasa lapardengan menstabilkan paras gula dalam darah


                       Jom lihat testimoni











PERUNDING VITAMIN ANDA
         SHIDA ABU BAKAR

  Shaklee Independent Distributor
              Id No : 1256201
       Contact No : 014-844 0163
Email : hasidaabubakar07@gmail.com
  Facebook : Hasida Abu Bakar


POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA



*Jaminan Shaklee: Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.


Tuesday, July 11, 2017

Pentingnya Vitamin C Dalam Badan

Tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C. Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain.

Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang  melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin  C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.

Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan, tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sel-sel tubuh manusia tidak mempunyai enzim guluno-lacton-oxidase yang diperlukan untuk menukar glukos kepada ikatan kimia 2-keto L-Guluno-lactone untuk hasilkan vitamin C. Tambahan vitamin c sering digunakan dan mudah rosak dalam tubuh. Oleh itu, Kita memerlukan vitamin c sama ada melalui makanan ataupun supplement.



Kebaikan Sustained Release Vitamin C Shaklee

➢Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
➢Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
➢Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
➢Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
➢Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
➢Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
➢Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
➢Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
➢Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
➢Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
➢Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
➢Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
➢Merawat jangkitan saluran kencing.
➢Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.


Kenapa mengesyorkan Sustained Release Vitamin C Shaklee?

vitamin c shaklee ini unik kerana formula sustained release dan formula bioflavonoid.
Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. 

Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu.Sebatian tumbuh-tumbuhan semulajadi, dan bertindak sebagai pigmen tumbuhan dan agen antioksida. 

Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.

Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.


Kekurangan vitamin c dalam badan boleh menyebabkan
➤Nafas pendek
➤Berat badan senang naik sebab metabolisme lambat
➤Gusi berdarah
➤Gigi rapuh - kekurangan vitamin c menyebabkan kalsium sukar diserap oleh tubuh jadi walau pun minum susu banyak, tapi vitamin c tak cukup pun gigi jadi rapuh
➤Senang lebam - kadang2 tidur malam kaki lebam orang kata kena sedut dengan pelesit, tapi kalau dari segi kesihatannya mungkin kurang vitamin c
➤Sendi sakit dan bengkak - extra dos vitamin c melegakan bagi orang yang berpenyakit Arthritis
hidung berdarah
➤Anemia
➤Senang dijangkiti penyakit
➤Luka lambat sembuh
➤Rambut kering dan bercabang
➤Gingivitis (gusi bengkak)
➤Kulit kasar, kering dan bersisik
➤Sembelit



 Kalau ada sikit-sikit tanda ni, cuba la variasikan pemakanan. Makan buah yang kaya dengan sumber vitamin C. Supplement pun boleh diambil. Mungkin ada yang kata, kenapa perlu ambil supplement sedangkan kita boleh dapat segala khasiat dari sumber pemakanan seimbang.

(1) Berapa ramai yang benar-benar amalkan pemakanan seimbang. Makan buah sebelum buah 3-4 hidangan setiap hari tanpa gagal

(2) Zaman sekarang ni pertanian tak macam dulu, organik..semula jadi.. Semua pun baja kimia bagai.

(3) Orang zaman dulu tanam sayur belakang rumah, petik terus masak dan makan. Tahu tak berapa banyak vitamin yang hilang sebaik saja sayur/buah dipetik. Kemudian kalau biar beberapa jam sementara dibawa ke pasaraya, sementara nak dibeli, sementara nak dimasak. Agak-agak berapa peratus khasiat yang tinggal by the time sayur/buah masuk dalam perut kita.

(4) Banyak khasiat hilang masa pemprosesan. Vitamin C contohnya adalah vitamin larut air. Waktu basuh kat sink tu banyak vitamin yang hilang. Kalau sayur tu masak sup, hilang dalam kuah. Vitamin C juga hilang apabila terdedah pada suhu 60 darjah celcius. So waktu masak tu banyak vitamin yang akan hilang dan rosak

(5) Kehidupan zaman sekarang ni sangat stress dan kita perlukan lebih banyak vitamin/nutrient berbanding orang zaman dulu yang hidupnya kurang stress. Lebih-lebih lagi kalau orang yang duduk di bandar besar.

Maka pengambilan suplemen adalah lebih praktikal untuk mengisi lompang-lompang nutrisi penting seperti Vitamin C. Jika kita ingin mencuba suplemen yang murah, penting dan berkesan, maka saya sangat mengsyorkan Vitamin C Shaklee sebagai pilihan anda.


KENAPA MESTI VITAMIN C SHAKLEE?

Bagi fungsi ini, Vitamin C Shaklee adalah yang terbaik kerana ianya adalah Sustained Release di mana Vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan, 100mg setiap sejam untuk memastikan keperluan Vitamin C di dalam badan sentiasa dipenuhi secara berterusan.
Vitamin C dikenal sebagai Sustained Release Vita-C Plus (500mg)




Apa yang menyebabkan Vitamin C Shaklee ini BERBEZA dengan Vitamin C jenama lain?

1. Vitamin C Shaklee BUKAN vitamin sintetik!
- Suplemen yang ada di Shaklee semuanya terdiri daripada vitamin natural-termasuklah Vitamin C. Tahukah anda bahawa Vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama ia juga menghasilkan radikal bebas!

2. Vitamin C Shaklee bersifat
'Sustained Release'/pelepasan masa
- Apabila anda memakan Vitamin C Shaklee (500mg), anda akan mendapat manfaatnya berterusan lebih kurang selama 5 jam! Ini adalah kerana, ia akan dilepaskan sebanyak 100mg bagi setiap 1 jam. Bermakna anda akan mendapat manfaatnya selama 5 jam tanpa henti!

3. 1 tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7 setengah biji oren
- Bayangkan dengan hanya memakan 1 biji tablet Vitamin C Shaklee, anda mendapat manfaat sebanyak anda memakan 7 setengah biji oren setiap hari! Hebat kan?

4. Vitamin C Shaklee mengandungi "bioflavonoids".
- Tahukah anda bahawa vitamin C sintetik tidak mempunyai bioflavonoids? Ianya cuma semata-mata asid askorbik sahaja. Bermakna ia tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar.
Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan ya, Vitamin C Shaklee ada bioflavonoids!

5. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
- Semuanya natural


Jadi, sekiranya anda mahukan Vitamin C yang natural dan benar-benar bermanfaat untuk anda, maka Vitamin C Shaklee adalah pilihan yang paling tepat sekali!

PERUNDING VITAMIN ANDA
         SHIDA ABU BAKAR

Shaklee Independent Distributor
             Id No : 1256201
    Contact No : 014-844 0163
http://shidaabubakar.wasap.my
Email : hasidaabubakar07@gmail.com
Facebook : Hasida Abu Bakar

 POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA


*Jaminan Shaklee: Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, July 10, 2017

Atasi Eczema Dengan Herbal Blend Multi Purpose Cream


Kulit kering akan rasa gatal dan menyebabkan seseorang akan menggaru untuk hilangkan rasa gatal tersebut..Apabila kerap menggaru atau garu terlalu kuat ia boleh menyebabkan kulit berdarah dan akhirnya akan menjadi parut..



Itu jika orang yang antibodi kuat..ada yang melarat sehingga satu badan..contohnya seperti pesakit eczema, bayi yang mengalami ruam, gatal-gatal yang berlarutan sehingga bertahun-tahun.




Jika ada yang mengalami sakit seperti diatas boleh la mengamalkan Multi Purpose Cream terbaik dari Shaklee yang dapat membantu mengurangkan/mengubati masalah kulit




Kandungan di dalam Herbal Cream Shaklee ini ialah :-
  • Ekstrak pelbagai jenis herba semulajadi terpilih
  • Tanpa steroid
  • Dingin dan tidak berminyak
  • Telah menjalankan clinical test
  • Tiada keraguan dan tiada racun





                                                                          Sage Leaf 





                                                            Horse Chestnut Seed







                                                Yarrow



                                           
                                         Rosemary Leaf







Fungsi Herbal Blend Multi Purpose Cream
-         ➤  Melembutkan kulit / tumit kasar
-         ➤ Merawat suam susu/ruam panas/ruam lampin/muka/kepala
-         ➤  Menghilangkan luka dan merawat eczema
-         ➤ Melegakan gigitan serangga / nyamuk
-         ➤ Merawat kulit gatal
-         ➤  Menghilangkan parut jerawat / parut chicken pox
-         ➤ Losyen harian untuk kulit kering
-         ➤ Krim urut badan lenguh
-         ➤Merawat kesan luka melecur
-         ➤  Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga
-         ➤ Menghilangkan parut
-         ➤Losyen harian
-         ➤Melegakan badan / kepala ketika tidak sihat



Jom lihat Apa Kata mereka yang telah berjaya










Nak try... Boleh je klik ini  ESELL . Pembayaran boleh dibuat menggunakan Debit Card atau Credit Card.


                            PERUNDING VITAMIN ANDA
                                      SHIDA ABU BAKAR

                            Shaklee Independent Distributor
                                           Id No : 1256201
                                 Contact No : 014-844 0163
                                  http://shidaabubakar.wasap.my
                      Email : hasidaabubakar07@gmail.com
                           Facebook : Hasida Abu Bakar


                    POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA


*Jaminan Shaklee: Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM) AT BATCHING PLANT

WHAT IS SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM)  Forta-Fi® Fiber-Reinforced Asphalt Concrete Mix Design (FRAC) or also known as Super Fiber Mix Design ...