Thursday, July 13, 2017

Shaklee Membantu Kempiskan Perut Buncit

Perut buncit adalah masalah besar bagi yang menjaga penampilan diri..orang kurus pun boleh buncit.. memang boleh naik hangin kalau nak butangkan seluar tak boleh sebab bahagian perut besar..mood keluar rumah boleh hilang




Antara punca berlakunya perut buncit ialah:-


1. Pengambilan pemakanan yang tidak seimbang.

Iaitu mengamalkan gula dan karbohidrat yang tinggi indeks glisemiknya. Minuman bergas juga menyumbang faktor perut buncit.

Makanan ini akan meningkatkan paras insulin dalam darah iaitu menyebabkan lemak terkumpul dalam abdomen. Insulin adalah hormon yang meransang pengumpulan lemak berlebihan dan menyebabkan perut buncit.

Selalunya perut buncit juga berkait dengan masalah kolesterol berlebihan.


2. Tabiat selepas makan terus tidur memang akan menyebabkan mudah perut buncit.

Ini kerana proses penghadaman yang tidak sempurna berlaku tidur dan menyebabkan glukosa yang terhasil daripada proses penghadaman disimpan di abdomen.

Sekurang-kurang digalakkan selepas 2 jam makan baru tidur.


3. Minuman Alkohol

Memang boleh menganggu enzim dan metabolisma dalam hati yang mana boleh menyebabkan pengumpulan lemak di dalam hati.


4. Stress ataupun tekanan boleh menyebabkan perut buncit disebabkan hormon tidak seimbang.

Ini kerana salah satu hormon dalam badan iaitu kortisolnya akan meningkat dan ini memberi kesan menurunkan hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran.


5. Merokok selepas makan boleh menyebabkan proses penghadaman terganggu.

Ini kerana perut akan mudah kembung dan perut akan buncit.


6. Metabolisma Yang Rendah

Metabolisma ialah proses menukar makanan kepada tenaga. Bila usia kita semakin meningkat, metabolisma kita semakin turun. Sebab itulah, walaupun makan sikit perut tetap buncit. Susah pulak tu nak kempis.

Jadi, makanan yang tidak ditukar menjadi tenaga akan disimpan sebagai lemak. Lemak- lemak ini akan lebih tertumpu ke bahagian perut, pinggang dan peha. Perut pun nampak buncit.


7. Gaya hidup yang tidak sihat.

Tidak beriadah ataupun bersukan memang akan menyumbang faktor yang tinggi untuk perut yang buncit. Oleh itu aktiviti beriadah amat penting untuk mengekalkan kesihatan.


8. Tahap Pencernaan Yang Lemah

Mengikut Dr Webster, perut bertugas untuk menyerap zat dari makanan, menyingkirkan sisa dan membuang toksik melalui dubur.

Jadi, bila tahap pencernaan tidak pada tahap terbaik, maka antara kesan sampingannya ialah perut buncit dan gemuk.

Bila makanan tak dapat dipecahkan dengan baik. Penyerapan menjadi sangat rendah. Lapisan perut akan membentuk kerak yang tak dapat diproses oleh perut yang tidak cergas.

Jadi, kerak yang semakin tebal akan buatkan perut anda semakin buncit.





Ini ada 8 tips Perut Buncit boleh jadi rata.

Perut yang buncit atau boroi bukan sesuatu yang diingini. Meski bagi lelaki berkahwin, perut buncit melambangkan bahagia tapi tidak bagi wanita tau... Ia boleh menjejaskan penampilan dan perut yang buncit menandakan anda makan berlebihan sekaligus mengundang pelbagai penyakit.

1. MAKAN MAKANAN YANG BETUL
 =  jika kita berazam mengempiskan perut makan kita perlu mengubah cara pemakanan. Praktikkan pemakanan seimbang dalam setiap hidangan kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Makanan yang seimbang harus mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral dan protein.

2. TINGGALKAN MAKANAN RINGAN
= Makanan ringan dan makanan segera tidak baik untuk kesihatan..,walaupun memang sedapkan... Ia akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil dengan berlebihan. So, kita perlu mengelakkan diri daripada mengambil karbohidrat yang diproses, gula, makanan bergoreng, makanan segera dan apa jua makanan berlemak.

3. BERHENTI MAKAN LEWAT MALAM
= Kebanyakan daripada kita akan terus tidur selepas makan lewat makan. Ini bermakna gula berlebihan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa tidur.

4. ELAK MINUMAN BERGULA
= Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori yang akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Sebaiknya ganti semua minuman dengan air putih. Air putih akan memudahkan kita untuk menurunkan berat badan. Pertimbangkan air berperisa sebagai alternatif jika perlu. Minum air limau juga dikatakan boleh mempercepatkan metabolisme kita. Cuba perah atau hiris limat ke dalam segelas air sejuk dan jadikan ia minuman harian korang.

5. LAKUKAN SENAMAN KARDIO
= Senaman kardio amat pentinguntuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dan melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti joging, berjalan dan menaiki tangga. Senang je kan..Korang pusing je shopping kompleks tu 2-3 kali...dh kira senaman tu...hihiih

6. KURANGKAN GARAM
= Garam menyebabkan tubuh mengekalkan air dan membuatkan kita kelihatan kembung terutama di bahagian abdomen. Jika boleh, cuba kita elakkan makanan yang tinggi kandungan garam dengan pilihan yang lebih sihat.

7. MAKAN PRODUK TENUSU RENDAH LEMAK
= Beralih dari produk tenusu yang tinggi lemak kepada pilihan rendah lemak, yang kaya dengan protein dan vitamain B6.

8. PILIH MAKANAN RENDAH INDEKS GLISEMIK.
= Makanan ini mengambil masa yang lama untuk dicerna maka korang akan berasa kenyang lebih lama. Badan perlahan-lahan akan menyerap nutrien supaya dapat mengelakkan kejatuhan gula secara mendadak dalam darah korang sehingga waktu makan berikutnya.

Senaman juga penting untuk memeprcepatkan proses mengempiskn perut..boleh cuba mengikut kesesuaian masing-masing




Selain itu dengan mengambil vitamin kurus/kempiskan perut lagi cepat proses tersebut berlaku..luar dan dalam saling membantu..shaklee menawarkan set kurus/kempiskan perut sebagai alternatif tambahan..





Fungsi Herb Lax Shaklee

➤Membersihkan najis yang tersekat
➤Merangsang usus mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
➤Mengembalikan semula proses semulajadi pergerakkan usus
➤Mengempiskan perut buncit
➤Membantu memejalkan otot perut
➤Mengawal berat badan
➤Membantu mengurangkan jeragat
➤Mengurangkan masalah bau badan


Fungsi Alfafa

➤Mencuci usus bagi membuang toksin
➤Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
➤Melegakan sembelit
➤Membuang angin di dalam badan





Fungsi Omega Guard

➤Membantu mengurangkan dan membuang lemak-lemak degil daripada dalam badan
➤Kandungan Omega 3 mengawal pelbagai jenis hormon di dalam badan, termasuklah hormon LEPTIN, yang berfungsi mengawal selera makan
➤Membantu mengawal rasa lapardengan menstabilkan paras gula dalam darah


                       Jom lihat testimoni











PERUNDING VITAMIN ANDA
         SHIDA ABU BAKAR

  Shaklee Independent Distributor
              Id No : 1256201
       Contact No : 014-844 0163
Email : hasidaabubakar07@gmail.com
  Facebook : Hasida Abu Bakar


POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA



*Jaminan Shaklee: Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.


No comments:

Post a Comment

SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM) AT BATCHING PLANT

WHAT IS SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM)  Forta-Fi® Fiber-Reinforced Asphalt Concrete Mix Design (FRAC) or also known as Super Fiber Mix Design ...