Tuesday, December 19, 2017

Damailah Kamu












Damailah kamu disana sayang. Kamu hanya sempat berada selama 16minggu sahaja dalam rahim mama. 

Sungguh kamu anak yang kuat sayang, sanggup bersama mama lalui trimester pertama alahan yang teruk dan tekanan demi tekanan sepanjang mama ke tempat kerja. Proses pembesaran kamu lebih mencabar jika dibandingkan dengan kakakmu Haniy.

Tekanan yang besar juga untuk mama bila tidak layak apply unpaid leave, tidak seperti kakak kamu dulu. Sekali lagi kita terpaksa menempuh dugaan untuk teruskan perjalanan nie sayang. Maafkan mama sekali lagi, pegawai perubatan memaklumkan rahim mama tidak cukup kuat untuk mengendong kamu.

Saat yang paling memilukan hati mama dan papa kamu bila kamu tidak lagi mampu bertahan dalam rahim mama.

Sayang.. sebenarnya mama memang sudah berhasrat untuk namakan kamu dengan panggilan "Ahmad" sekiranya jantina kamu adalah lelaki. Panggilan itu lebih mengikuti kepada persamaan nama papa kamu.

Sebelum kehadiran kamu, mama juga keguguran dan mama menamakan Abang kamu dengan panggilan Muhammad semirip nama kamu sayang.

Hasrat mama tercapai kerana ketika papa ingin memandikan kamu papa memberitahu jantina kamu adalah lelaki. Ya Allah masa tu hanya Allah yang tahu perasaan mama. Mama akan terus memanggilmu Ahmad selepas ini sayang. Mama ingin bercerita tentang kamu kepada kakak Dan adik2 kamu kelak bahawa kamu seorang anak yang sangat kuat dan cekal.

Pengalaman melepaskan kamu dari rahim mama tidaklah sesakit ketika mama mengeluarkan Muhammad. Saat kamu keluar mama tidak merasa sakit sikit pun. Allah Dah permudahkan semuanya dan mama percaya bahawa Allah juga mengetahui yang mama tidak kuat lagi. Allah tidak menduga hambanya diluar kemampuan kan sayang.


20/10/2017
Kita pergi kerja macam biasa.Thumprint merah juga. Morning sickness ada lagi sikit. Masa ni mama sentiasa cakap kat kamu sabar sikit lagi alahan akan hilang tak lama lagi.

Lebih kurang pukul 10 pagi ada kesan darah turun sedikit. Mama ingat biasa je sebab semasa mengandungkan kamu memang perkara ni kerap terjadi dan doktor mengatakan perkara biasa untuk proses tumbesaran bayi.

Dalam pukul 12 tengahari mama rasa risau sebab mama teringat kamu kurang bergerak sejak 2 malam sebelumnya. Jadi mama ambil keputusan untuk ambil cuti half day je.

Sampai klinik swasta doktor scan cakap semuanya ok. Denyutan jantung ok. Mama syukur sangat. Mama terus balik rumah untuk rehat.

Pada sebelah malam pukul 11 malam, mama sakit sangat perut rasa nak membuang air besar. Waktu inilah darah keluar lagi. Mula-mula sikit. Masa ni mama taknak pergi hospital lagi sebab fikir perkara biasa (taknak kena seluk menyeluk )walaupun papa dan makcik kamu berkeras untuk bawa ke hospital juga.

Selang beberapa minit je mama rasa darah makin banyak keluar smpai menebusi kain batik mama. Masa ni baru mama kuatkan hati untuk ke hospital.

Hampir pukul 12 malam baru kita sampai hospital. Masa doktor scan doktor cakap jantung kamu masih berdenyut tapi agak lemah. Doktor bagitahu keadaan kamu macam sempit, tak berenang-renang, air ketuban sangat-sangat kurang (mama rasa terkilan disini sebab waktu scan petang tadi di klinik swasta doktor tak sebut tentang air ketuban..doktor hanya cakap baby ok..)

Doktor dihospital tanya mama ada keluar apa-apa air tak. Mama cakap ada dah 2 hari .Tapi mama ingatkan itu air kencing mama sebab mama asyik rasa nak buang air je. Doktor cakap itu mungkin air ketuban(baru mama tahu usia kandungan kecil pun boleh jadi air ketuban keluar, ingat waktu kandungan 7bulan ke atas je, ilmu baru untuk mama)

Jadi proses seluk menyeluk pun berlaku. Perkara yang hampir semua ibu-ibu tak suka dan sedikit gerun. Tapi terpaksa redha menahan sakit. Doktor cakap nampak kaki kamu sayang. Kamu tidak boleh diselamatkan lagi.

Papa kamu dipanggil masuk dan doktor terangkan kepada papa.. Doktor minta maaf baby tak dapat diselamatkan. Papa dengar dengan tenang (dalam hati mama tak tahu)

Jam 1pagi kita dibawa ke labour room. Masa ni contraction dah ada tapi tak sakit sangat.  Mama mampu bertahan lagi. Dalam ni pun proses seluk menyeluk juga berlaku untuk memeriksa kamu berada dibahagian mana.

Pukul 6.15 pagi mama memanggil nurse untuk ke tandas dan tekak mama rasa dahaga.. Mama minta nurse tolong amikan mama air, nurse tu sempat membuatkan mama segelas milo sebelum mama ke tandas. Nurse menyuruh mama pergi tandas terlebih dahulu sebelum meneguk air milo yang disediakan tu. 

Didalam tandas mama dapat merasakan ada sesuatu yang keluar cepat-cepat mama panggil nurse, selepas diteliti oleh nurse  mama diberitahu kamu dah nak keluar. Nurse minta mama naik atas katil semula untuk proses meneran.

Jam 6.20pagi  kamu selamat keluar tanpa mama rasa sakit pun. Sangat senang kamu keluar. Nurse tunjuk pada mama, dari apa yg mama nampak kamu sudah cukup sifat sayang. Mula-mula mama takut untuk tengok kamu khuatir kamu masih tidak cukup sifat. Maaf sayang sebab mama fikir tak kuat untuk melihat keadaan kamu.

Disebabkan uri masih lagi tertinggal dalam rahim mama doktor nasihatkan mama untuk tidak mengambil sebarang minuman termasuklah air milo tadi. Doktor arahakan mama berpuasa sebab jika uri tak keluar sendiri dalam masa 1 jam mama perlu masuk dalam bilik operation untuk proses cuci. Terasa dahaganya la mama masa tu. Air ada depan mata mama tapi mama tidak boleh nak minum.

Jam 9.30 pagi mama dibawa ke bilik operation. Sebelum bius doktor dah pesan sekiranya masa proses cuci tu tidak berjalan lancar atau ada apa-apa yang melekat doktor akan terus operate sikit perut mama untuk melancarkan proses tersebut. Mama redha je dan bersetuju sebab percaya doktor akan buat yang terbaik untuk kita.

Pakar bius juga terangkan serba sikit tentang ubat bius yang digunakan dan proses cucuk ditulang belakang pun berlaku. Sakit...Untuk ambil darah ditangan pun sakit inikan pula ditulang belakang.

Doktor ambil masa lebih kurang setengah jam untuk siapkan semua. Alhamdulillah  berjalan lancar dan perut mama selamat dari dibelah. Alhamdulillah. Syukur.

Sayang... Selepas apa yang terjadi, mama positifkan diri bahawa semuanya sudah tertulis. Dan bersyukurnya mama yang mama ada dua org anak sedang menunggu mama disana. Terima kasih sayang utk semua perjuanganmu...


SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM) AT BATCHING PLANT

WHAT IS SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM)  Forta-Fi® Fiber-Reinforced Asphalt Concrete Mix Design (FRAC) or also known as Super Fiber Mix Design ...