Memiliki perut yang
kempis dan rata adalah idaman bagi semua orang. Mungkin ada yang berfikiran
perut buncit itu tanda orang bahagia. Tetapi memiliki perut yang cantik lagi
membahagiakan kan.
Nak pilih baju pun
susah jika perut buncit. Tengok tergantung cantik, tengok saiz macam ngam je
dengan kita. Sekali cuba bahu ok tapi perut pula sendat atau tak boleh butang.
Masa tu rasa juga hangin satu badan..hehe
Masalah Perut Buncit, Masalah Berat Badan, Masalah Bentuk Badan Tak Cantik |
Ok jom kita tengok
tips ni dan buat..
Kaedah yang
terbaik dan cara mengecilkan perut buncit yang paling efektif adalah
dengan mengurangkan kebiasaan-kebiasaan buruk yang menjadi penyebab perut
buncit. Berikut adalah beberapa tips dan cara yang sihat untuk mengecilkan
perut tanpa apa-apa efek sampingan.
Contoh Makanan Berkarbohidrat Tinggi |
1.
JAUHI MAKANAN YANG BERKARBOHIDRAT TINGGI
Cara mengecilkan perut
yang paling penting ialah belajar tentang pemakanan. Makanan yang mengandung
karbohidrat lebih mudah ditutarkan menjadi lemak sehingga menambah penumpukan
lemak di perut.
Anda yang memiliki
perut buncit dicadangkan agar tidak makan makanan yang mengandung
karbohidrat pada malam hari. Ini kerana pada malam hari, tubuh kita
tidah seaktif di siang hari. Kadar metabolisme juga tidak sama. Bila kadar
metabolisme rendah, tidak banyak kalori yang dibakar.
2.
JAUHI MAKANAN YANG DIGORENG
Cara mengecilkan perut
yang seterusnya ialah mengelakkan makanan yang bergoreng. Bukan tidak boleh
makan langsung, cuma kurangkan kuantitinya.
Makanan yang digoreng
memang memiliki cita rasa yang mengundang selera makan tinggi. Dengan
adanya makanan cepat siap, tentu sekali akan membuat kita mudah tergoda.
Dianjurkan agar tinggalkan terus makanan segera. Begitu juga dengan makanan
bergoreng yang mudah didapati di pasar malam.
3.
JANGAN MAKAN SEBELUM TIDUR
Hindarilah makan
sebelum tidur kerana ketika tidur, aktiviti pencernaan manusia
terhenti dan ini menyebabkan makanan yang seharusnya dicerna menjadi menumpuk
dan menghasilkan gas yang membuatkan perut kembung.
Antara cara mengecilkan perut yang lain ialah makan makanan yang
ada fibre.
Mulakanlah makan
makanan yang berserat yang membantu proses pencernaan dengan sempurna.
Buah-buahan adalah pilihan makan terbaik yang wajib dimakan untuk
membantu mengecilkan perut buncit.
Ikut sunnah
Rasulullah, makan buah dahulu sebelum makan makanan yang berat.
5.
JAUHI MAKAN MAKANAN BERGARAM
Cara mengecilkan perut
yang seterusnya ialah dengan menjauhi makanan bergaram. Memakan
makanan masin yang berlebihan menyebabkan perut kembung dan dapat
menarik air dalam jumlah yang banyak.
6.
JAUHI MAKANAN DAN MINUMAN YANG BERSODA
Makanan dan minuman
yang bersoda menyebabkan perut buncit kerana jenis minuman yang mengandung soda
mengandung gas.
Jika serius ingin
berusaha untuk kurus dan gunakan cara mengecilkan perut ini, katakan tidak pada
Coca Cola atau Pepsi, dan minuman bergula yang lain. Kandungan gulanya terlalu
tinggi dan bakal membawa mudarat dalam jangkamasa yang panjang. Jika ada anak,
ajar anak minum air suam selalu.
7.
MINUM BANYAK AIR
Minum Banyak Air Putih |
Ini yang selalu
diabaikan ramai orang. Minum banyak air putih dapat menjamin fungsi
hempedu yang efektif untuk mengeluarkan toksin dalam tubuh. Air juga dapat
menghilangkan rasa lapar.
8.
JANGAN TIDUR TERLALU LAMBAT
Tidur pada pukul 10
malam dan bangun pada pukul 6 pagi. Ketika tidur, usahakan memakai pakaian yang
longgar sehingga tubuh dapat bernafas dengan baik.
9.
BERSUKAN SELALU
Melakukan Aktiviti Bersukan |
Sering kali kita tidak dapat meluangkan masa
disebabkan kesibukan kita setiap hari. Bukan sekadar sibuk dengan kerja
pejabat, malahan kerja rumah juga belum tentu siap. Luangkanlah masa
sekitar 20-30 minit untuk bersenam seperti sit-up secara
rutin setiap hari.
Jangan Makan Terlalu Cepat, Kunyah Makanan Secara Perlahan |
10. KUNYAH MAKANAN SECARA PERLAHAN
Bila lapar, agak sukar kita untuk mengawal etika mengunyah
makanan. Mengunyah makanan sebanyak 40 kali adalah lebih baik untuk setiap
suapan agar makanan tersebut mudah dicerna dan perut akan berasa cepat kenyang.
Jika tak mahu perut buncit kunyah la secara perlahan untuk
elak tertelan lebih banyak udara. Makanan yang terlalu cepat ditelan akan
menyebabkan perut kembung dipenuhi gas. Pastikan juga mulut ditutup rapat
ketika mengunyah.
Anda juga boleh cuba mengambil suplemen bagi membantu
mempercepatkan proses mengempiskan perut. Antara yang dicadangkan ATASI MASALAH PERUT BUNCIT
Beginilah cara
mudah mengecilkan perut anda. Lakukan terus sehingga anda mendapatkan
hasil yang diinginkan. Selamat mencuba!.
Artikel menarik :SET KESUBURAN LELAKI ; SET KESUBURAN UNTUK HAMIL ; ATASI BADAN PENAT DAN KURANG BERTENAGA ; ATASI ANAK KURANG SELERA MAKAN ; SIMPTON FAKTOR DAN ATASI SAKIT BATU KARANG ; CEGAH GASTRIK DAN TIPS KAWAL GASTRIK ; CARA BERKESAN UNTUK RENDAHKAN PARAS KOLESTROL
INGIN MENCUBA PRODUK SHAKLEE ?? BOLEH KLIK LINK ESELL INI.
ESELL |
SHAKLEE INDEPENDENT
DISTRIBUTOR
ID NO. 1256201
SHIDA ABU BAKAR
Contact No : 014-844
0163
Email : hasidaabubakar07@gmail.com
Facebook : Shida Abu Bakar
POSTAGE KE SELURUH
MALAYSIA
*Jaminan Shaklee:
Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi
*Produk ini tidak
bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
Bestnya tips! Tak sangka pula masa tidur yg xsesuai boleh sebabkan perut buncit
ReplyDeleteTerasa diri pun perlu exercise selalu.
ReplyDelete