Tuesday, December 17, 2019

14 Tips Mudah Hamil

Menjadi seorang ibu adalah saat yang paling membahagiakan bagi seorang wanita. Setiap wanita ingin merasai pengalaman mengandung , berpantang dan melahirkan zuriat sendiri.



Tetapi kadang-kadang apa yang diingini kita tidak dapat terus atau perlu menghadapi beberapa cabaran dan dugaan.



Jangan bersedih , yakin Tuhan akan memberi tepat pada masanya. Oleh itu, ayuh berusaha jika ada yang masih belum pernah hamil dan ternanti-nati saat yang membahagiakan itu.


Di sini saya senaraikan tips yang boleh dicuba dan diamalkan. Mana tahu, antara banyak-banyak tips tu serasi dan sesuai dengan anda kan.


1. Ketahui waktu subur isteri
Adalah sangat penting untuk anda ketahui waktu subur anda. Ini bagi memudahkan anda membuat kiraan dan anggaran waktu subur yang terbaik. Kebarangkalian untuk anda hamil adalah tinggi pada waktu tersebut. 

Lakukan hubungan intim dengan kerap pada waktu subur iaitu tarikh yang hampir dengan waktu ovulasi. Elakkan hubungan intim setiap hari jika menghampiri waktu subur kerana kepekatan sperma atau air mani akan sedikit menurun setiap kali hubungan dilakukan. Lakukan selang sehari atau dua hari sebelum waktu subur bagi meningkatkan kepekatan air mani dan sperma. 

Mencatat tarikh haid anda juga dapat membantu doktor untuk mengetahui sejarah kitaran haid anda. Adalah bagus anda sediakan kalendar khas peribadi atau boleh juga menggunakan aplikasi calendar di telefon bimbit anda. 


2. Tingkatkan kesuburan suami

Suami juga berperanan penting dalam membantu isteri untuk hamil. Kerjasama dan kesihatan kedua-dua pihak sangat membantu untuk proses kehamilan. Kesihatan suami perlulah berada pada tahap yang optimun dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti makan makanan yang seimbang , bersenam, hindari merokok dan minuman keras.


Pamakaian seluar dalam yang terlalu ketat dan suhu yang panas dari suhu badan boleh merenjat penghasilan sperma. Amalan meletakkan laptop di pangkuan juga boleh menyebabkan radiasi haba kepada kulit dan tubuh. Ia dikhuatiri boleh menghalang usaha anda memiliki anak secepat mungkin. Seluar pilihan suami haruslah bersifat longgar dan berkain lembut demi keselesaan.

3. Hindari atau kurangkan tekanan/stress
Apabila anda stress hormon akan menjadi tidak stabil dan akan mengganggu proses ovulasi dan waktu subur.

Anda boleh mengurangkan tekanan dengan melakukan aktiviti ringan seperti membaca Al-Quran, bersenam, memasak, manjakan diri ke spa atau salon, meluangkan masa dengan kawan dan keluarga, bermanja dengan suami atau sebagainya.

Tanamkan sikap positif dalam diri dan enjoys every moment yang ada.


4. Amalkan gaya hidup yang sihat
Pastikan anda mengekalkan berat badan yang ideal, ambil pemakanan yang sihat dan berkhasiat, hindari minuman berkafien.


Peningkatan atau penurunan berat badan secara mendadak memberi kesan kepada tahap kesuburan anda. Melakukan aktiviti fizikal berseorangan atau bersama teman dapat membantu anda merasa lebih bertenaga, sihat, tidak lesu, lebih fokus dan berkeyakinan.


5. Makan Asid Folik
Fungsi utama asid folik adalah untuk membantu pembentukan sel darah merah, menggalakkan pertumbuhan segera sel dan untuk pembentukan otak janin. Dos yang ditetapkan untuk diambil sebelum mengandung adalah kira-kira 400mg dan ketika mengandung, ia boleh naik hingga 600 hingga 800mg.


Menyediakan badan dengan asid folik, sebulan sebelum mengandung dikatakan dapat mengurangkan penyakit spina bifida sebanyak 70%. Spina bifida adalah penyakit tulang belakang dan saraf yang boleh mengakibatkan lumpuh bahagian bawah badan dan kadangkala sekurangnya hanya merencatkan proses pembelajaran.


6. Amalkan pengambilan makanan seimbang
Mengawal pengambilan makanan seimbang sangat penting terutama bagi mereka yang mengalami masalah ovulasi. Masalah ovulasi pula berkait rapat dengan penyakit PCOS, iaitu salah satu peyebab wanita sukar hamil.


7. Perhatikan lendir yang keluar di bahagian intim
Ketika waktu subur lendir serviks berwarna jernih seperti putih telur. Ia menandakan anda sedang mengalami ovulasi tetapi apabila lendir menjadi seperti keruh atau hilang anda terlepas masa ovulasi.


8. Gunakan alat ujian ovulasi(OPK)
Kaedah ini paling senang bagi mengesan waktu subur anda. Ia dapat mengesan hormon LH didalam badan anda yang akan meningkat beberapa jam sebelum ovulasi. Lakukan hubungan seawal 2-3 hari sebelum tarikh dijangka anda mengalami ovulasi.


9. Jalani pemeriksaan doktor
Ianya bagi memastikan anda bebas dari sebarang masalah seperti cyst, endometriosis atau fibroid yang kerap menjadi penyebab sukar hamil. Sekiranya penyakit ini dikesan awal, rawatan susulan boleh dilakukan.


10. Lebihkan protien berasakan sayuran
Pengambilan protein yang mencukupi sangat penting dalam meningkatkan kesuburan anda. Protein yang mencukupi merupakan asas bagi pembentukan sel-sel sihat.

Ovum merupakan sel begitu juga dinding rahim yang terdiri daripada sel. Maka pengambilan protein yang mencukupi dapat menghasilksn ovum yang sihat dan matang serta menguatkan dinding rahim.


11. Berurut
Berurut juga boleh membantu anda cepat hamil. Bidan yang berpengalaman dapat mengesan sekiranya ada masalah di peranakkan anda seperti rahim jatuh, rahim terbalik atau sebagainya. Kebiasaannya bidan dapat membetulkan masalah tersebut dengan urutan


12. Berpantang
Sekiranya anda baru lepas keguguran, amalan berpantang sangat digalakkan. Jika anda tidak berpantang kemungkinan rahim anda masih lemah dan sukar untuk hamil kembali atau kebarangkalian untuk keguguran lagi. Amalan berpantang adalah bagi menguatkan rahim yang lemah.


13. Amalkan pengambilan multivitamin
Bagi wanita yang merancang untung hamil adalah dinasihatkan untuk mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko kecacatan janin, menambahkan tenaga kepada wanita yang bakal hamil. Bagi suami pula disarankan mengambil vitamin zinc dan vitamin E bagi meningkatkan penghasilan sperma.


14. Jangan berputus asa
Teruskan usaha anda dan pasangan tanpa mengalah. Sentiasa ingat bahawa usaha yang berterusan akan mendapat hasil yang terbaik. Amalkan tips yang diketahui secara berterusan.

Bagaimana Vitamin Shaklee dapat membantu anda untuk hamil ?

Anda boleh mencuba ikhtiar dengan mengambil suplemen Shaklee bagi memenuhi nutrisi yang kurang dan membekalkan tenaga tambahan untuk meningkatkan persediaan untuk kehamilan. 

 Antara kebaikan mengamalkan suplemen kesuburan Shaklee :
- Menstabilkan hormon
- Menguatkan rahim
- Membantu menghasilkan sperma yang sihat
- Melancarkan kitaran haid
- Membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan badan sebagai persediaan hamil

Kenapa saya menyarankan mengamalkan suplem Shaklee?

Kerana saya juga telah berjaya hamil setelah mengamalkan suplemen Shaklee. Penantian empat tahun bersama suami akhirnya membuahkan hasil yang sangat membahagiakan.

Saya ingin membantu wanita yang ingin hamil kerana saya memahami perasaan anda.


SET IBU HAMIL


SET KESUBURAN SHAKLEE





Nak cuba suplemen Shaklee ?

Saya mengesyorkan anda untuk terus menempah sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara atas talian menggunakan kad kredit atau kad debit melalui link ESELL  dan mengikut arahan yang diberikan.


Selesai dan Tahniah kerana berjaya membuat pesanan!! Anda hanya perlu menunggu produk Shaklee kesayangan anda sampai ke muka pintu..



TAPI……. JIKA TIDAK BERJAYA..
terus whatsapp ke http://shidaabubakar.wasap.my





Shaklee Independent Distributor

ID No  : 12562012
Shida Abu Bakar
Contact  : 014 -844 0163 
Email : hasidaabubakar07@gmail.com
Facebook : Shida Abu Bakar

POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA

*Jaminan Shaklee: Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment

SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM) AT BATCHING PLANT

WHAT IS SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM)  Forta-Fi® Fiber-Reinforced Asphalt Concrete Mix Design (FRAC) or also known as Super Fiber Mix Design ...