IBU HAMIL |
Kehamilan adalah sesuatu yang menggembirakan bagi pasangan suami isteri. Lagi-lagi jika pasangan tersebut memang menantikan kehadiran zuriat sendiri. Pasti tidak sabar menunggu bayi keluar. Mungkin menjadi pertanyaan muka bayi nanti mengikut muka siapa. Ibu atau ayah.
Tetapi dalam kegembiraan ibu-ibu jangan lupakan tentang kesihatan ibu dan bayi. Kesihatan kedua-dua adalah sama penting. Ibu-ibu boleh mencuba tips ini.
1) Amalkan pemakanan yang sihat
Amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat. Jauhi dari mengambil minuman beralkohol. Elakkan makan makanan ringan. Minuman alcohol dan makanan ringan boleh menganggu pertumbuhan janin di dalam kandungan. Tidak lupa juga kepada makanan segera. Hindarilah buat sementara waktu atau lebih baik jika tidak mengambilnya terus.
2) Makan sikit tetapi kerap
Semasa mengandung ibu akan selalu rasa lapar dan ingin makan dalam kuantiti yang banyak berbanding sebelum hamil. Pengambilan makanan yang digalakkan ialah makan sedikit demi sedikit tetapi kerap. Jangan terus mengambil banyak sekali gus dalam satu-satu masa.
3) Elakkan makan makanan berlemak
Makanan berlemak perlu dielakkan dan dikawal pengambilannya. Bukan tidak boleh ambil langsung tetapi dalam kuantiti yang sedikit bagi menggelakkan kalori dan pertambahan berat badan yang banyak.
4) Cukup rehat
Rehat yang cukup sangat penting bagi memastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan yang tenang dan sihat. Jika tidak cukup rehat ibu boleh stress dan seterunya anak dalam kandungi boleh merasaiinya. Bahaya ya jika ibu dan bayi stress boleh menyebabkan keguguran.
5) Mengambil air yang mencukupi
Pengambilan air yang mencukupi sangat perlu bagi memastikan ibu tidak kekurangan air dalam badan. Lagi-lagi jika ibu mengalami muntah yang teruk dan berterusan dan ini boleh menyebabkan ibu dehidrasi. Jika perkara ini berlaku ibu perlu berjumpa doktor dan kebiasaannya doktor akan memasukkan air dalam badan.
6) Mengambil makanan tambahan yang lengkap
Ibu hamil digalakkan untuk mengambil makanan tambahan yang sesuai untuk ibu hamil. Pihak klinik biasanya akan memberi vitamin seperti folic asid dan obimin untuk pengambilan ibu hamil setiap hari. Namun begitu, ibu hamil juga boleh membeli makanan tambahan yang lain untuk dimakan. Ini adalah kerana kemungkinan pola pemakanan harian ibu hamil tidak mengandungi khasiat yang cukup untuk perkembangan bayi di dalam kandungan.
SET IBU HAMIL |
Nak cuba makanan tambahan Shaklee ?
boleh terus whatsapp ke http://shidaabubakar.wasap.my
Shaklee Independent Distributor
ID No : 12562012
Shida Abu Bakar
Contact : 014 -844 0163
Email : hasidaabubakar07@gmail.com
Facebook : Shida Abu Bakar
POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA
*Jaminan Shaklee: Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment