Tuesday, May 23, 2017

Bagaimana Kandungan Vivix Boleh Membantu Pesakit Kanser

Bagaimana Vivix Boleh Membantu Pesakit Kanser?

Hari ni saya nak kongsi ilmu sikit tentang macam mana Vivix boleh membantu pesakit kanser. Dulu saya ingat tak ramai orang tahu, tapi rupa-rupanya dah ramai yang mengetahui kebaikan Vivix ni untuk pesakit kanser. Tapi lagi best kalau lebih ramai lagi yang tahu dan boleh cuba kebaikan Vivix ni kan?

Apa dia Vivix ni sebenarnya?
Vivix bukanlah sejenis ubat yang mengandungi dadah, malah ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Vivix adalah minuman campuran botani daripada Shaklee yang merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ada orang panggil sirap Shaklee la, tonik ajaib la. Rasa dia macam Ribena pekat, masam-masam manis sikit..
Kandungan vivix terdiri daripada 4 bahan aktif yang tinggi kandungan Resveratrol dan Polifenol iaitu:
  1)    Muscadine Grape
  2)    Herba Japanese Knotweed atau nama saintifiknya, Polygonum Cuspidatum
  3)    Purple Carrot
  4)    European Elderberries




  
Bagaimana Vivix bertindak?
Melalui kajian makmal, ramuan Vivix telah terbukti memberi kesan positif di peringkat selular terhadap empat mekanisme utama penyebab penuaan.

1) Membaiki dan Melindungi Sel
Fungsi terbaik Vivix ialah membaiki & melindungi sel dari dirosakkan oleh radikal bebas. Bukan bermakna sel kita tak rosak terus jika amik Vivix tetapi kadar kerosakan itu diperlahankan & dilindungi oleh resveratrol & polyphenol yang tinggi dalam Vivix.. percaya atau tidak inilah fungsi vivix yang tidak didapati dalam suplemen lain. Nanti saya cerita bagaimana, dalam entry lain tentang Telomeres Effect pulak
2) Mempertahankan dan Mengawal Genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur sel. Dalam satu penemuan utama dalam kajian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaaan tahap selular (Telomeres Effect tu la)
3) Memberi Tenaga Kepada Sel (Mitokondria)
Satu lagi tindakan hebat Vivix ialah kepada mitokondria ataupun penjana tenaga kepada sel. Mitokondria mempengaruhi prestasi sel. Jika kecekapan mitokondria menurun, ia juga akan memendekkan usia sel. Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitokondria untuk meningkatkan tenaga dalam sel.
4) Meningkatkan Prestasi Sel dan Melambatkan Penghasilan Protein AGE
AGE (Advance Glycation End Product) adalah bahan akhir hasil proses sel badan, terbina dari gula dan protein berlebihan. Ia boleh menyebabkan banyak punca kepada pelbagai penyakit kronik jika dibiarkan tanpa pencegahan. Vivix mengandungi 10x ganda lebih kuat resveratrol yang mampu melambatkan pengumpulan protin AGE dalam sel tubuh manusia.



Bagaimana Vivix Bertindak Terhadap Sel-sel Kanser

Resveratrol, yang merupakan salah satu kandungan dalam Vivix, telah dirujuk lebih daripada 2,000 penerbitan penyelidikan termasuk beberapa kajian yang dijalankan oleh Harvard University, National Institute of National Cancer Institute, dan banyak lagi.

 Resveratrol merupakan perubatan semulajadi pertama yang mempunyai bukti kukuh menunjukkan ia menghalang atau menghentikan pelbagai peringkat kanser. Resveratrol bukan sahaja menghindar kanser, malahan ia dicadangkan sebagai rawatan tambahan.



Proses sel-sel kanser terjadi


Menghentikan Gen Kanser
Bagi badan yang normal, reaksi badan yang sihat yang dipanggil pengasetilan dan penyahasetilan menjadikan gen hidup atau mati. Bagaimanapun, bagi kanser, sel mula menjadi tidak terkawal dan mengaktifkan "gen kanser" nya sendiri, menggalakkan penyebaran sel-sel berpenyakit. 
Dengan mengawal penyahasetilan dan mengaktifkan panjang umur gen, resveratrol mempunyai potensi untuk menghentikan proses kanser dan memberi manfaat umur panjang yang sebenar. 

Menterbalikkan Kesilapan DNA

Punca utama proses penuaan (dan akhirnya kematian) adalah kebolehan sel tua yang semakin menurun untuk mereplika secara terperinci DNA mereka ke dalam setiap sel baru. Disebabkan "kesilapan" DNA dan penimbunan serpihan pecahan DNA yang tidak boleh digunakan, sisa DNA yang tidak teratur ini akhirnya menghentikan sel dari berfungsi dengan baik. Ini menjadikan sel tersumbat dengan "sampah" DNA dan akhirnya membawa kepada kemerosotan dan kematian sel.

Bagaimanapun, resveratrol mampu mengurangkan kesilapan dan sisa DNA ini sehingga 60% melalui kebolehannya merangsang kepanjangan umur gen. Ini merupakan sebab mengapa resveratrol merupakan satu pencapaian besar dalam memperlahankan proses penuaan.


Kesan Anti-Kanser


Kajian menunjukkan resveratrol bukan sahaja menghalang kanser, tetapi juga dicadangkan sebagai rawatan tambahan kepada kanser. Ini kerana resveratrol terbukti memperlahankan atau menghentikan tahap tertentu kanser. Resveratrol boleh menghalang kanser dalam melalui beberapa cara: 
·           Ia boleh menyekat penyerapan estrogen dan androgen (tidak kira sel kanser itu mempunyai reseptor negatif atau positif)
·           Ia boleh memodulasi ekspresi gen
·           Ia boleh menyebabkan sel kanser mati melalui penyahasetilan
Di Austria, penyelidikan lanjut turut membuktikan resveratrol turut menyekat kemampuan sel kanser untuk metasis ke dalam tulang pada kadar 30% hingga 71%.


Menghalang Kanser Tanpa Memudaratkan

Resveratrol telah dibuktikan effektif melawan pelbagai jenis kanser, sama ada pada peringkat menghindar mahupun peringkat rawatan. Kebolehannya menghentikan kanser berkait rapat dengan kemampuannya membezakan sel kanser dari sel sihat. Ubat terapi kimo tidak spesifik ketika menyerang sel; ia menyerang sel kanser dan sel sihat dalam masa yang sama. Sebaliknya, resveratrol tidak merosakkan sel sihat, tetapi melindungi sel sihat ketika mematikan sel kanser.

Kebolehan resveratrol yang terkenal termasuk kemampuan menghilangkan radikal bebas, mengaktifkan atau nyahaktif enzim penting / gen / hormon dan kimia tubuh. Kajian menunjukkan resveratrol 
memberi kesan yang ketara kepada kanser yang berkaitan gen. Antara kesan lain, resveratrol mengaktifkan gen penumpas tumor dan gen yang menyahtoksik bahan kimia. Ia juga menahan gen yang membolehkan sel kanser berhubung antara satu sama lain.


Polifenol and Resveratrol

Resveratrol dan poliphenol berkaitannya turut melindungi DNA sel, menghalang kimia dan radiasi yang menyebabkan kanser, serta melawan radikal bebas dan imflamasi.


Mitochondria

Penyelidik dari University of Rochester (terbitan Mac, 2008) membuktikan untuk pertama kalinya yang resveratrol boleh membantu memusnahkan sel kanser pankreas dengan menembusi sumber tenaga teras sel, atau mitochondria, dan melumpuhkan fungsinya. Mitochondria mempunyai DNAnya sendiri dan mempunyai kebolehan untuk membekalkan tenaga kepada sel secara berterusan apabila berfungsi dengan betul. Menghentikan sumber tenaga secara teorinya menghentikan kanser. Resveratrol mengganggu sumber tenaga sel-sel kanser.

Kat bawah ni antara contoh bagaimana Vivix melawan kanser dan membantu pesakit kanser:










Bagaimana Resveratrol Bertindak?
Kajian menunjukkan resveratrol mampu menembusi ke dalam kawasan nukleus sel, dan membantu DNA untuk baikpulih semula selepas rosak akibat radikal bebas (punca terjadinya pertumbuhan sel kanser).

Dalam kajian lain, sifat resveratrol yang anti-radang membantu merencatkan sesetengah enzim yang bertanggungkawab dalam pertumbuhan tumor. Ia juga bantu dalam merencatkan pembahagian sel kanser dan sekaligus mengurangkan pertumbuhan sel kanser.

Selain daripada pencegahan kanser, terdapat juga kajian yang menunjukkan fungsi resveratrol yang membantu dengan rawatan kanser secara conventional. Ia membantu dalam:

1) Chemo-sensitizer - membantu badan kita daripada resistance terhadap rawatan kimoterapi.
2) Radiation-sensitizer - buatkan sel kanser lebih terdedah kepada rawatan radiasi.

Dalam point kedua, terdapat kajian terkini yang dijalankan di University of Missouri, di mana sel melanoma lebih cenderung kepada rawatan radiasi bila dirawat bersama resveratrol. Bila dirawat dengan resveratrol sahaja, hampir 44% sel kanser mengalami apoptosis atau sel kanser mati. Jadi, dengan kombinasi resveratrol dan rawatan radiasi, sel tumor mengalami apoptosis meningkat sehingga 65%!

Jadi, kesimpulannya vivix ni bukan sahaja mampu melambatkan proses penuaan, malah dapat mencegah diri kita daripada kanser. Malah, membantu juga untuk merawat kanser! Jadi, selain daripada mendapat rawatan conventional seperti chemotherapy, rawatan radiasi dan pembedahan, kita ikhtiarkan juga dengan pengambilan supplement. (Tapi of course, sebelum ambil apa-apa supplement, rujuk dulu dengan doktor anda). InsyaAllah, vivix dapat membantu anda! Nak cuba? Boleh hubungi 014-844 0163 dan kita cerita lebih dalam lagi pasal Vivix ni ok. 


Nak order  boleh klik je VIVIX . Pembayaran boleh dibuat menggunakkan Debit Card atau Credit Card



                        PERUNDING VITAMIN ANDA
                                    SHIDA ABU BAKAR

                           Shaklee Independent Distributor
                                          Id No : 1256201
                                Contact No : 014-844 0163
                                  http://shidaabubakar.wasap.my
                      Email : hasidaabubakar07@gmail.com
                           Facebook : Hasida Abu Bakar


                      POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA


*Jaminan Shaklee: Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.



No comments:

Post a Comment

SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM) AT BATCHING PLANT

WHAT IS SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM)  Forta-Fi® Fiber-Reinforced Asphalt Concrete Mix Design (FRAC) or also known as Super Fiber Mix Design ...