Friday, April 17, 2020

Sambal Lada Kelantan


Sambal Lada



Sambal lada ini saya mula-mula nampak di negeri Kelantan. Hampir setiap kenduri kahwin pasti akan ada sambal lada jenis ini.

Bagi yang suka pedas, memang akan tertarik dengan sambal lada ini sebab ianya akan menambah selera anda.

Tapi takkan waktu kenduri kahwin je kan boleh makan sambal lada ini. Jadi elok la kita buat sendiri untuk simpan dirumah dan boleh dimakan bila-bila masa yang kita nak.

Sambal ini boleh tahan berbulan jika disimpan dalam peti sejuk.

Bahan Sambal Lada



Bahan-Bahan
- 6 biji bawang merah @ 1 biji bawang besar( bakar)
- 4 ulas bawang putih (bakar) 
- 4 - 5 biji cili besar
- Segengam cili kecil (hijau & merah)
- 15 biji limau kasturi
- Gula & garam
- Air masak
- Cuka makan-jika mahu (saya tak isi)

Cara-Cara
- Basuh dan toskan cili besar, cili kecil dan limau kasturi.
- Perah air limau kasturi. Asingkan dalam satu bekas.
- Kisar cili kecil, cili besar, bawang merah, bawang putih, garam dan gula bersama air masak. Air agak-agak boleh pusingkan blender je. Jangan banyak sangat
- Dah siap kisar. Campurkan dalam air perahan limau kasturi tadi.  Hiris halus 2 biji kulit limau kasturi dan masukkan dalam cili yang sudah dikisar. Gaul sebati.
- Jika mahu tambah cuka makan pun boleh. Boleh tambah dalam 1 sudu. Saya tak isi cuka makan.
- Siap dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk tahan berbulan.

Selamat mencuba....

Artikel menarik :   Mee Kari Cara Mudah      Spageti Carbonara   Roti Sangkaya   Masak Lemak Udang dan Kacang Panjang        Awet Muda

No comments:

Post a Comment

SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM) AT BATCHING PLANT

WHAT IS SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM)  Forta-Fi® Fiber-Reinforced Asphalt Concrete Mix Design (FRAC) or also known as Super Fiber Mix Design ...