Tuesday, December 1, 2020

Pucuk Ubi Masak Budu

Pucuk Ubi Masak Budu




Bahan-Bahan

Pucuk Ubi (2 ikat) 
Terung pipit
Cili (20 biji) 
Serai (3 batang, titik) 
Kunyit hidup (2 inci) 
Daun kunyit (hiris) 
Bunga Kantan (2 batang, hiris) 
Daun Kesum (hiris) 
Daun kaduk (hiris, yang ni kita takde)
Budu (1 botol kecil) 
Bawang kecil (15 ulas)
Petai
Santan (1 kotak) 
Air ( 1 cawan) 


\
Cara-cara
1) Celur pucuk ubi sehingga mengelegak.. Buang air, basuh sikit, toskan.
2)Kisar bawang kecil, cili, kunyit hidup. Sudah Kisar tumis dengan minyak bersama serai. 
3) Dah naik bau, masukkan santan dan air.. Tunggu sampai mengelegak.
4) Masukkan pucuk ubi yang dah dicelur, daun kunyit, daun kesum, terung pipit, daun kaduk.
5)Kacau sehingga air sedikit kering, masukkan budu.
6) Masukkan petai, agak2 kering sikit dah boleh tutup api.

Tuesday, April 21, 2020

Nasi Lemak Sedap

Nasi lemak adalah menu kegemaran orang Malaysia. Dalam sebulan mesti makan. Kalau tak makan jadi teringat-ingat (saya la tu..hehe)

Ok, jom kita buat nasi lemak yang sedap.


Nasi Lemak


Bahan-Bahan Sambal Ikan Bilis
Ikan Bilis -segengam
Bawang besar - 3 biji (jika suka bawang banyak boleh tambah lagi)
Gula Nisan@kabung@gula biasa - agak-agak suka manis sendiri
Cili kering yang dah blend
Air asam jawa (sikit je)

Halia
Garam/perasa


Bahan-Bahan Nasi Lemak
Beras
Santan
Halia (hiris)
Bawang kecil (hiris)
Daun Pandan
Air
Garam/gula


Makanan Hiasan
Telur Rebus
Timun


Cara-Cara Masak Sambal Ikan Bilis

1. Kisar 1 biji bawang besar bersama halia.
2. Hiris 2 biji bawang dan goreng bawang tersebut bersama minyak. Minyak agak-agak je.
3. Agak-agak bawang dah layu boleh angkat letak dalam bekas dulu.
4. Tumis lada kering dalam minyak goreng bawang tadi. Biarkan sehingga ia pecah minyak.

5. Masukkan gula nisan@kabung@gula biasa (mengikut apa yang ada la, tapi guna gula nisan@kabung lagi sedap).
6. Masukkan bawang + halia yang blend tadi.
7. Masukkan sedikit air untuk berkuah sikit (air agak-agak, jangan masuk banyak sangat nanti cair)
8. Masukkan bawang goreng tadi, ikan bilis, air asam jawa dan garam/perasa. 

9. Biarkan mengelegak dan kacau jarang-jarang sebab takut hangit. Siap


Cara-Cara Masak Nasi Lemak
1. Basuh beras macam biasa. Buang air beras.
2. Masukkan santan, air, halia, bawang kecil, daun padan, garam/gula. Santan + air tu banyakknya sama macam kita masak nasi biasa.Tunggu nasi masak. Siap


Selamat mencuba....




Artikel menarik : 
Sambal Kelantan      Mee Kari       Spageti Carbonara  Roti Sangkaya                     Masak Lemak Udang dan Kacang Panjang

Nasi Lemak Sedap Tanpa Halia Dalam Sambal

Nasi lemak merupakan antara menu sarapan kegemaran orang Malaysia. Kebiasaannya ia ada dijual disetiap gerai dan kedai-kedai makan.

Tapi untuk mendapatkan nasi lemak mengikut selera masing-masing agak susah juga.

Jadi apa kata kita buat sendiri.


Nasi Lemak


Bahan-Bahan Sambal Ikan Bilis
Ikan Bilis -segengam
Bawang besar - 2 biji (jika suka bawang banyak boleh tambah lagi)
Gula Nisan@kabung@gula biasa - agak-agak suka manis sendiri
Cili kering yang dah blend
Air asam jawa (sikit je)
Garam/perasa


Bahan-Bahan Nasi Lemak
Beras
Santan
Halia (hiris)
Bawang kecil (hiris)
Daun Pandan
Air
Garam/gula


Makanan Hiasan
Telur Rebus
Timun


Cara-Cara Masak Sambal Ikan Bilis
1. Hiris bawang dan goreng bawang tersebut bersama minyak. Minyak agak-agak je.
2. Agak-agak bawang dah layu boleh angkat letak dalam bekas dulu.
3. Tumis lada kering dalam minyak goreng bawang tadi. Biarkan sehingga ia pecah minyak.
4. Masukkan gula nisan@kabung@gula biasa (mengikut apa yang ada la, tapi guna gula nisan@kabung lagi sedap).
5. Masukkan sedikit air untuk berkuah sikit (air agak-agak, jangan masuk banyak sangat nanti cair)
6. Masukkan bawang goreng tadi, ikan bilis, air asam jawa dan garam/perasa.
7.Biarkan mengelegak dan kacau jarang-jarang sebab takut hangit. Siap


Cara-Cara Masak Nasi Lemak
1. Basuh beras macam biasa. Buang air beras.
2. Masukkan santan, air, halia, bawang kecil, daun padan, garam/gula. Santan + air tu banyakknya sama macam kita masak nasi biasa.Tunggu nasi masak. Siap


Selamat mencuba....


Artikel menarik : Sambal Lada Kelantan     Mee Kari Cara Mudah    Spageti Carbonara   Roti Sangkaya Sedap    Masak Lemak Udang dan Kacang Panjang


Friday, April 17, 2020

Sambal Lada Kelantan


Sambal Lada



Sambal lada ini saya mula-mula nampak di negeri Kelantan. Hampir setiap kenduri kahwin pasti akan ada sambal lada jenis ini.

Bagi yang suka pedas, memang akan tertarik dengan sambal lada ini sebab ianya akan menambah selera anda.

Tapi takkan waktu kenduri kahwin je kan boleh makan sambal lada ini. Jadi elok la kita buat sendiri untuk simpan dirumah dan boleh dimakan bila-bila masa yang kita nak.

Sambal ini boleh tahan berbulan jika disimpan dalam peti sejuk.

Bahan Sambal Lada



Bahan-Bahan
- 6 biji bawang merah @ 1 biji bawang besar( bakar)
- 4 ulas bawang putih (bakar) 
- 4 - 5 biji cili besar
- Segengam cili kecil (hijau & merah)
- 15 biji limau kasturi
- Gula & garam
- Air masak
- Cuka makan-jika mahu (saya tak isi)

Cara-Cara
- Basuh dan toskan cili besar, cili kecil dan limau kasturi.
- Perah air limau kasturi. Asingkan dalam satu bekas.
- Kisar cili kecil, cili besar, bawang merah, bawang putih, garam dan gula bersama air masak. Air agak-agak boleh pusingkan blender je. Jangan banyak sangat
- Dah siap kisar. Campurkan dalam air perahan limau kasturi tadi.  Hiris halus 2 biji kulit limau kasturi dan masukkan dalam cili yang sudah dikisar. Gaul sebati.
- Jika mahu tambah cuka makan pun boleh. Boleh tambah dalam 1 sudu. Saya tak isi cuka makan.
- Siap dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk tahan berbulan.

Selamat mencuba....

Artikel menarik :   Mee Kari Cara Mudah      Spageti Carbonara   Roti Sangkaya   Masak Lemak Udang dan Kacang Panjang        Awet Muda

Mee Kari Cara Mudah

Mee Kari

Kadang-kadang kita pun teringin nak makan makanan berasakan mee kan. Jemu juga hari-hari makan nasi je, walaupun kita memang hantu nasi.

Di sini, saya sertakan cara-cara yang mudah untuk membuat mee kari.

Bahan-Bahan Mee Kari

Bahan-Bahan
- 1/2 ekor ayam
- udang - 6@7 ekor
- fish ball - 1 peket kecil
- fish cake - 1 peket kecil
- rempah kari - 8 sudu besar
- rempah kerutuk - 2 sudu besar (jika ada)
- cili kering - 2 sudu besar (kalau nak pedas, boleh lebihkan)
- daun kari
- serai - 2 batang (ketuk)
- asam keping - 2
- santan - 2 kotak
- ubi kentang - 2biji (potong kecil)
- garam/gula
- bawang merah kecil -5 *
- bawang merah besar - 2 *
- bawang putih - 5*
- halia - 1 inci *
- bunga lawang - 1
- kayu manis - 1
- air rebusan kulit udang


Telur Rebus


Bahan Hiasan
Telur rebus
sawi
cili besar
taugeh
limau kasturi

Cara- Cara
1) Kisar bahan bertanda *
2) Tumis bahan kisar, cili kering, serai & daun kari hingga naik bau.
3) Masukkan rempah kari, kerutuk dan sedikit air. Kacau sekejap.
4) Masukkan ayam. Biarkan air ayam keluar.
5) Masukkan air ikut nak kuah banyak mana. Masukkan air rebusan kulit udang. Biarkan sehingga ayam masak.
5) Masukkan fishball, fishcake, asam keping,ubi kentang.
6) Bila dah menggelegak masukkan santan, udang & gula/garam. Biar menggelegak. Siap

Artikel menarik :                                                                                                                 Spageti Carbonara    Roti Sangkaya   Masak Lemak Udang dan Kacang Panjang   Awet Muda   Tingkatkan Sistem Imun

Spageti Carbonara






Ada masa tekak melayu ni nak juga makan makanan barat kan. 

Kali ini saya nak kongsi resipi cara saya buat Spageti Carbonara. Kita buat yang simple2 sahaja. Rasanya pun sedap juga.


Kebiasaannya anak-anak pasti suka Spageti Carbonara ni sebab tak pedas tapi rasa berlemak macam susu

Ok, jom kita lihat bahan-bahannya


Bahan-Bahan Spageti Carbonara

Sos Carbonara



Bahan-Bahan
Spageti - 1 peket
Bawang Besar - 3 biji (cincang@potong dadu@tumbuk)
Bawang Putih - 6 ulas (cincang@potong dadu@tumbuk)
Cendawan butang - 1 tin (potong kecil)
Sosej - 1 peket kecil (potong kecil)
Susu segar - 1 kotak
Sos Carbonara - 2 tin
Serbuk lada hitam - 2 sedu kecil
Isi Ayam - 3 ketul (potong kecil@kisar)
Minyak untuk menumis



Cara-Cara
1.Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Kacau sehingga bawang tersebut nampak masak@lembik.
2. Masukkan isi ayam, kacau seketika.
3. Masukkan cendawan dan sosej. Kacau sekejap.
4. Masukkan sos carbonara dan susu segar dan serbuk lada hitam. Kacau bagi agak-agak pekat dan masak. Siap.


Oh ya, jangan lupa rebus spageti di periuk lain. Bila sos carbonara siap, spageti pun dah lembut.

Selamat mencuba ...

Artikel menarik : Roti Sangkaya       Masak Lemak Udang dan Kacang Panjang      Awet Muda   Cara Tingkatkan Sistem Imun

Roti Sangkaya Sedap

Jika dah jemu makan roti begitu saja, mari kita cuba pula buat sangkaya sendiri. Mudah je sebenarnya buatnya.


Roti Sangkaya


Bahan-Bahan Kaya Pandan
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
1 kotak santan
5 helai daun padan(ambil airnya)
gula dan garam secukup rasa



Kukus Roti

Campur Semua Bahan-Bahan


Cara-Cara
1. Campur semua bahan diatas, kacau sebati atas dapur sehingga ia likat. Tutup api.
2. Roti boleh dipotong kecil dan dikukuskan bagi ia lembut. Sekejap sahaja kukus. Dalam 5 minit macam tu.
3. Siap, boleh dihidang dan makan bersama keluarga.

Artikel menarik :                                                                                                                      Masak Lemak Udang dan Kacang Panjang         Cara Tingkatkan Sistem Imun        Awet Muda

SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM) AT BATCHING PLANT

WHAT IS SUPER FIBER MIX DESIGN (SFM)  Forta-Fi® Fiber-Reinforced Asphalt Concrete Mix Design (FRAC) or also known as Super Fiber Mix Design ...