Hasida Abu Bakar |
Bismillahhirrahmanirrahim.......
Assalammualaikum W.B.T kepada semua pembaca.
Hari ini saya nak bercerita macam mana saya boleh kenal
Shaklee. Mula kenal serius Shaklee pada tahun 2015. Itupun sebab kawan-kawan
selalu bercerita. Sebelum tahun 2015 tak kenal sangat Shaklee dan taknak ambil
tahu pun.(berlagak sangat masa tu..hehe)
Berkahwin Jun 2012 |
Tentang
Diri Saya.
Saya Nor Hasida Binti Abu Bakar. Berkahwin pada Jun 2012.
Pada tahun pertama perkahwinan hidup kami bahagia je. Enjoy dengan fasa
perkahwinan. Masuk tahun kedua masih ok lagi. Seterusnya masuk tahun ketiga
perkahwinan, kami baru rasakan yang dugaan kami berat. Ada je mulut-mulut
bertanyakan tentang kami. Bertanya apa rasanya ?hihi
Tahun ketiga fasa yang saya rasakan berat juga. Nak balik
kampung pun rasa malu. Tapi takkan tak balik kan. Mesti nak jumpa mak ayah dan
mak ayah mentua. Pekakkan telinga dan senyum sehabis daya la kalau ada
mulut-mulut yang bertanya secara sinis.
BILA
NAK DAPAT ANAK ?
MERANCANG
KE?
TAK
TERINGIN KE NAK ADA ANAK?
SAMPAI
BILA NAK HIDUP BERDUA?
KAHWIN
DAH LAMA TAKKAN TAKDE ISI LAGI?
AWAK
NI ADA MASALAH KE TAK MENGANDUNG LAGI?
TAK
MENGANDUNG LAGI KE, ANAK AKU DAH 2,3,4,5….
FAMILY
BELAH AWAK MEMANG SUSAH NAK DAPAT ANAK ?( yang ni saya memang tak
boleh terima,apa yang babitkan family plak. Kedua-dua family kami suami isteri
ada 7 beradik tau)
Kebetulan masa tahun kedua perkahwinan kami(2013) adik
suami saya berkahwin dan terus lekat. Walaupun mereka PJJ. Masa ni pun start
ada yang bunyi-bunyi tapi kami suami isteri macam ok je. Tapi masuk tahun
ketiga kami dah risau. Biasanya perempuan la yang lebih risau kan, suami ni
cool je. Ye la semua akan tertumpu kepada kita(perempuan) walaupun suami pun
main peranan yang penting. Taknak pula dorang ni tanya para suami isu-isu macam
ni.
TAKDE
USAHA KE?
Tiada yang berkahwin taknak ada zuriat sendiri kan.
Lagi-lagi bila orang terdekat yang kahwin lambat dari kita tapi dapat anak
dulu. Mesti sedikit sebanyak kita akan ada rasa terasa hati bila orang tanya
takde usaha. Orang tak nampak usaha kita sebab kita pun tak tunjuk dengan
orang.
Pelbagai usaha saya lakukan dari moden hingga tradisional.
Beribu juga habiskan untuk pergi check up nak tahu dimana masalahnya. Tapi
menurut pandangan doktor kami tiada masalah. Lega juga la masa tu. Ye la kalau
dengar ceria orang-orang lain ada yang pelbagai masalah rahim terbalik la, ketumbuhan
la macam-macam. Tu yang risau tu..
BERURUT
TAK PERGI KE?
Hampir setiap kali balik kampung saya akan pergi berurut
dan tukang urut bagitahu rahim saya ok. Takde keatas atau kebawah, normal je.
Tapi dimana silapnya ? Tak tahu dimana silapnya kami terus berusaha sehingga la
ada kawan-kawan rekomen cuba produk Shaklee.
Saya pun search la kat Facebook siapa yang jual Shaklee.
Jumpa la seorang kakak ni. Saya terus PM kakak ni cakap nak cari produk untuk
hamil. Sebelum kakak tu bagitahu apa-apa vitamin, kakak tu tanya berkenaan diri
saya dulu. Apa masalah yang saya hadapi, pernah jumpa doktor ke, apa yang
doktor bagitahu.(Rupanya itu penting untuk tentukan apa vitamin yang diperlukan
seseorang bukan terus bagi set hamil je, kena tahu masalahnya terlebih dahulu)
Mula-mula masa kakak tu tanya saya terfikir juga kenapa
banyak sangat tanya, bagi je la set hamil, kalau kau taknak layan aku cakap je,
aku boleh cari penjual lain. Dan mungkin kakak tu dapat baca hati saya kot. Dia
pun bagitahu yang dia tanya banyak-banyak tu sebab nak pastikan bagi vitamin
yang betul mengikut keperluan saya. Baru la saya faham.
So dapat la saya set hamil mengikut keperluan saya dan
suami. Order dalam 2 hari dah sampai vitamin saya di office. Kemain suka nya.
So saya dan suami makan la mengikut saranan kakak tadi. Kakak tu pun ada follow
up saya tanya makan ke tak vitamin, (Penting nye cari SID yang betul ). Sebab
kadang-kadang kita ni terlupa juga bila dah sibuk dengan kerja.
Tak sampai sebulan dan vitamin pun tak sempat pun habis
sebotol saya dah mengandung. Tuhan je tahu masa tu .
MACAM
MANA BOLEH TAHU MENGANDUNG?
Tiba-tiba selera makan saya tiada. Sebelum ni asyik lapar
je. Ini waktu makan tak tahu nak makan ape..semua nampak tak sedap. Makanan
yang dibeli tak habis, paksa juga makan tak boleh masuk langsung dalam mulut,. Rasa
tak sedap. Orang lain sampai tak cukup punya la sedap makan kita boleh cakap
tak sedap.
Lepas tu ajak husband g klinik sebab sakit kepala mungkin
perut masuk angin sebab tak makan. Pergi klinik cakap kat doktor saya sakit
kepala, takde selera. Doktor cakap awak stress ke? Kita jawab la tak sebab
memang tak stress pun. Doktor boleh bagi ubat tahan sakit je.
Saya tak puas hati ajak suami pergi farmasi nak beli Pregnancy
Test. Suami terkejut. Betul ke..saya cakap saya nak check sendiri (punya la tak
puas hati dengan doktor tadi).
Sampai rumah petang tu suami minta check. Saya kata esok
pagi la check sebab waktu pagi biasanya betul. Suami pun ok je. Keesokkan pagi
tu chek la guna UPT tu. First time dalam hidup saya warna dua garis tu timbul.
Masa 2 line tu timbul saya tak percaya, tapi mata dah keluar air mata, suara
tak keluar. Perasaan masa tu Allah je tahu. Masa akad nikah tak segembira macam
ni tau. Alhamdulillah penantian kami
selama ni akhirnya berakhir. Jan 2016 lahirlah permata kami yang
pertama. Syukur pada mu Ya Allah.
Dua Tahun Setengah Da Usia Permata Kami |
Sekarang kami hidup gembira dan bahagia dengan permata hati
kami. Kehidupan saya terus berubah 360 darjah. Sangat-sangat bahagia. Saya
doakan kawan-kawan yang membaca cerita saya ni saya ada masalah sama dengan
saya supaya dikurniakan zuriat sendiri. Amin. Yakin pada Allah. Rezeki akan tiba
tepat pada waktunya. Percayalah. Usaha selagi boleh.
Artikel menarik : ATASI ANAK KURANG SELERA MAKAN
VITAMIN CANTIK UNTUK KULIT KERING DAN KUSAM
ATASI BADAN SELALU PENAT DAN KURANG BERTENAGA
PROMOSI VIVIX OGOS 2018
VITAMIN CANTIK UNTUK KULIT KERING DAN KUSAM
ATASI BADAN SELALU PENAT DAN KURANG BERTENAGA
PROMOSI VIVIX OGOS 2018
No comments:
Post a Comment